44| D I A N A

20.4K 1K 125
                                    

"Liam?"

Wajah lelaki itu menyapa deria penglihatannya sebaik saja Diana mencelikkan mata. Diana cuba bangkit dari pembaringan namun rebah semula apabila kepalanya terasa berpinar.

"D, jangan bangun dulu. Baring je okay?" wajah Liam tampak risau.

"S-saya dekat mana?" soal Diana. Matanya meliar memerhatikan sekeliling bilik yang kelihatan begitu asing.

Diana juga sempat terlihat seorang wanita dan seorang lelaki yang berdiri di belakang Liam. Satu senyuman nipis dihadiahkan oleh pasangan itu kepada Diana.

"Awak sekarang dekat rumah keluarga saya." jawab Liam.

Diana terus bangun.

"Macam mana..."

"Auw..." Diana pegang kepalanya yang terasa sakit. Seakan ada benda tajam yang mencucuk kepalanya.

"D, awak masih tak sihat. Jangan bangun dulu." bahu Diana ditolak lembut untuk membaringkan semula gadis itu.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" tanya Diana lagi.

"Liam, ibu pergi dapur sekejap ya. Nak ambilkan makanan dengan minuman untuk Diana." tiba-tiba Puan Mary bersuara.

Oh, jadi wanita itu ibu Liam? sempat hati Diana berbisik.

Liam hanya angguk perlahan.

"Diana rehat dulu ya, nak." tangan Diana diusap lembut sebelum Puan Mary dan suaminya melangkah keluar dari bilik itu.

Merek juga mahu memberikan ruang kepada Diana dan Liam untuk bersendirian. Puan Mary pasti ada benda yang Liam ingin bicarakan pada gadis itu setelah mendengar penjelasan dari doktor sebentar tadi tentang keadaan Diana.

"Kepala awak masih sakit?" Liam membuka kata setelah mereka mendiamkan diri untuk seketika.

"Sikit." Diana angguk lemah.

"Awak belum jawab lagi soalan saya, Liam. Macam mana saya boleh ada di rumah awak?" Diana ulang lagi soalannya.

"Ingat tak hari tu awak pengsan? Jadi saya bawa awak pergi sini." jawab Liam.

Diana diam sejenak memproses jawapan Liam dan ingatannya.

Sedikit demi sedikit ingatan itu kembali menerpa di fikiran Diana. Dia kembali ingat di mana peristiwa pahitnya bersama Liam. Dia juga ingat bagaimana rasa kepedihan di pipinya dengan tamparan Eddie dan riak kebencian lelaki itu memandangnya serta dia dan Liam dihalau dari istana.

Setiap peristiwa itu kembali menjengah ingatan Diana. Dan sekaligus perasaan terluka di hatinya mula terasa.

Eddie.

Perasaan rindu mula menerpa apabila teringat akan lelaki itu.

Dunia ini kejam.

Baru saja Diana ingin merasakan apa ertinya sebuah kebahagiaan, tidak semena-mena kebahagiaan yang dia dambakan selama ini diragut.

Hilang sekelip mata.

Pelukan Eddie yang tenang, ciuman hangat lelaki itu, kata-kata manis Eddie yang selalu menghiasi hari-harinya masih terasa segar menyentuh perasaannya. Namun semua itu bagaikan sebuah mimpi setelah Diana menyedari kebencian yang tergambar di wajah Eddie apabila melihatnya.

Eddie membenci dirinya.

Diana seakan-akan tidak percaya. Secepat itukah perasaan Eddie berubah padanya?

Semudah itukah dari perasaan cinta bertukar menjadi benci?

Eddie, saya tak bersalah. Saya cintakan awak.

DIANA Where stories live. Discover now