MCH|36

2.3K 193 32
                                        

HARI BERMAKNA bagi keluarga Sara sudah pun tiba. Ya, hari ini Luqman Raziff bakal menamatkan zaman bujangnya lalu digelar suami orang.

Sara dan juga Safa sudah pun siap berpakaian mengikut tema. Sara membetulkan tudungnya buat kali terakhir.

Kotlah ada jodoh datang majlis kahwin abang, boleh la berangan nak kahwin. Hehe.

"Cantiknya adik-adik abang ni. Patutlah ramai minat." puji Luqman sambil tersenyum.

"Biasalah, tengok la mak bapak kita." Sara sudah masuk bakul angkat sendiri.

"Okey lah hari ini je abang bagi adik perasan, lepas ni takde dah orang nak layan adik." ujar Luqman.

Disebabkan ikatan mereka tiga beradik rapat bagai air yang dicincang tidak akan putus, atas permintaan Safa, mereka tidur atas toto sekali.

Siap berpelukan sekali. Walhal, Encik Latiff dan Puan Syafina sudah pun menegur untuk tidur asing. Namun, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Abang nervous ke?" tanya Puan Syafina.

Luqman angguk. Dia cuba mengawal rasa gugupnya dengan menarik nafas dalam-dalam.

"Adalah sikit. Takut la ibu." balasnya sambil memeluk erat tubuh Puan Syuhada.

Puan Syuhada membalas pelukan Luqman sambil berkata,

"Tak ada apa-apalah abang. Inshaallah, Allah permudahkan urusan abang. Nervous sikit je tu, nanti tak nervous dah."

"Entah abang ni, macam takut hilang bini je." tutur Sara sambil mencebik.

Itulah Luqman Raziff, kalau dah drama macam perempuan.

"Ayah peliklah, yang nak kahwin kamu ke abang kamu?" tanya Encik Latiff.

Sara berasa hairan. "What you mean by that?"

"Kamu lawa sangat. Macam ibu zaman muda-muda dulu. Itu yang ayah terkejut, ingatkan kamu yang menikah." balas Encik Latiff sambil tersengih.

Dulu, Sara ini kecik sahaja dan seorang yang manja. Pantang melihat ayah dan ibunya bersama, pasti nak jealous. Namun, bila dah besar lawa dan cantik seperti namanya.

"Haih ayah ni, puji adik je ke? Kakak ni tak lawa ke..."

Muncung itik mulut Safa.

Encik Latiff tergelak. "Alahai, kakak ni, itu pun nak jealous dengan adik ke?"

"Haruslah ayah. Ingat adik je yang boleh kena puji?"

Mereka tergelak bersama-sama. Safa Insyirah ini, harap saja umur dah besar perangai mengalahkan budak-budak.

"Rasanya kita boleh gerak dah kot. Kalau lambat, apa pula kata pengantin."

Akhirnya, mereka pun berangkat ke rumah Fawwaz Nurin. Bakal menantu ibu dan ayah.

11:30 a.m.

"Luqman Razif bin Latiff, aku nikahkan dikau dengan Fawwaz Nurin binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM1000 serta senaskah Al-Quran," ujar Encik Ahmad.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang