FRAME yang tergantung di dinding dipandang dengan pandangan rindu. Jelas sekali, hati ini meronta-ronta mahu jumpa si dia. Gambar itu diambil ketika hari terakhir Yana sebelum berpindah.
Firhan tersengih seorang diri melihat gambar itu. Comel. Senyuman Yana tidak pernah mengecewakan hati malah menawan hatinya untuk tidak memandang gadis lain.
Apa yang istimewa tentang gadis itu pun dia tidak tahu. Tapi tiap kali dia melihat gambar itu, hatinya terasa tenang.
Adakah ini jodoh?
Kakinya melangkah duduk ke atas sofa. Album yang tersimpan gambar ketika kecil, di buka. Helaian demi helaian diselak.
"Firhan..." tegur Faris.
"Ye angah?" Firhan pantas menutup album itu.
"Bila kau nak berhenti--" kata-kata Faris tergantung apabila kelibat Encik Fakhrul datang ke arah mereka.
"Sembang apa tu dua beradik?" tanya Encik Fakhrul.
"Takde sembang apa pun, daddy." balas Firhan sambil menganjak ke sebelah untuk memberi ruang kepada Encik Fakhrul.
"Malam ni, daddy nak bawa korang pergi Melaka..." beritahu Encik Fakhrul.
"Daddy bagitahu lambat, Faris minggu ni shift malam." tutur Faris.
"Kamu tu dah besar, kerja lah dulu." potong Encik Fakhrul.
"Daddy bawa Firhan, adik dengan mummy je. Along dengan angah duduk lah rumah diam-diam." sampuk Puan Syuhada.
"Mana aci begitu." Faris sudah menarik muncung.
Nak juga merajuk!
"Aci tak aci, kejap lagi kami nak gerak." kata Puan Syuhada selamba. Sengaja dia ingin memanaskan hati anaknya seorang itu.
"What?! Han mana kemas baju lagi!"
Firhan terkejut, sumpah la parents dia ni? Bagitahu last minute... Semoga ada lah baju dalam almari.
"Pergi lah kemas baju tu cepat." arah Puan Syuhada.
"Bawa baju untuk?" tanya Farrah pula. Dia pun terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Untuk pergi bercuti lah, bawa jela mana ada depan mata. Kalau takde nanti kita pergi cari." jawab Encik Fakhrul.
Ibarat lipas kudung, laju sahaja mereka berdua menuju ke bilik masing-masing untuk mengemas barang.
Entah sempat ke tidak ni, memandangkan jam sekarang menunjukkan 21:30 p.m.
"Abang ni suka betul la buat anak-anak tu tergesa-gesa." bebel Puan Syuhada.
"Biasalah, abangkan suka last minute."
Tanpa serba salah, Encik Fakhrul berbangga diri.
"Macam mana lah daddy boleh kahwin dengan mummy..."
"Kalau dah jodoh tak kemana juga."
"Malas kawan dengan daddy ni."
"Siapa suruh kawan?"
Faris mengeluh. Daddy nya ini amatlah tidak ramah. Macam manalah mummy boleh bertahan dengan daddy?
Tak faham, tak faham.
"Baik angah pergi makan dari layan daddy ni... Lama nanti boleh sakit jiwa pula."
Faris mengatur langkahnya menuju ke dapur. Lapar pula perutnya pada malam ini.
*****
Setelah dua jam memandu, akhirnya mereka selamat tiba di Melaka pada jam 12 malam.
Nasib baik la Encik Fakhrul membuat keputusan untuk menyewa homestay yang boleh check-in lambat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Novela JuvenilSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
