KINI hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar telah pun tiba. Mereka sekarang tengah menunggu bas yang akan membawa ke Hulu Langat.
Suasana yang agak riuh-rendah kerana ini kali pertama mereka semua akan pergi bercamping. Selama ini hanya ada lawatan sambil belajar sahaja. Bosan betul kan? Tahu dah.
Bising? Semestinya ya. Walaupun jangka usia yang kian dewasa, namun bising tidak dapat dipisahkan dari mereka semua.
Sara dan juga rakannya duduk dalam satu kumpulan. Selain ada Amna dan Maisarah, terdapat lagi dua orang rakannya iaitu Sabrina dan Ninie.
"Sara." panggil Amna.
"Ya?"
"Nanti dekat khemah kau nak tidur dengan siapa?" tanya Amna.
"Bukan cikgu yang tetapkan ke?" soal Sara semula.
"Lah ye ke... Aku ingatkan kita boleh cop member." sayu sahaja mendengar nada suara Amna.
"Tak, cikgu yang tetapkan." ujar Sara.
"Korang nak tahu tak?" giliran Sabrina pula bersuara.
"Apa?" tanya Maisarah, malas.
"Aku kan sebenarnya... suka dekat Firhan." beritahunya tanpa rasa serba salah.
"Tapi tu lah, Firhan tak pandang langsung dekat diri aku. Siapalah yang menjadi pujaan hati dia." sambungnya.
"I lah tu." ujar Mikayla tiba-tiba.
Cis, perasan gila.
"Kau buat kelakar ke perempuan gedik." tanya Amna senada.
"Am I making something funny right now?" tanyanya dengan sarkastik.
"Yes, you're. Perasan lah kau ni... Firhan pun tak nak lah pandang dekat kau. You're not his level." potong Sara dengan pedasnya.
"Jangan pernah nak terfikir yang Firhan akan suka kau. Aku kenal Firhan tu orang macam mana." kata Sara sambil merenung tajam ke arah Mikayla.
Mikayla terdiam. Nampaknya, Sara makin berani tunjuk kepala dengan dirinya.
"Dan kau pun, jangan tunjuk bagus. Baru sekolah sini setengah tahun dah acah tahu semua benda." kata Mikayla dengan menyampah.
"Oh really? Bukan sebab kau memang selalu busuk hati dengan aku since first day aku dekat sini?"
"Enough girl. Jangan nak tunjuk childish dekat sini. Mikayla, berambus!" halau Maisarah.
Mikayla menjeling Sara. Perasaan amarahnya mula timbul. Dia tidak puas hati dengan Sara, dia perlu rancangan untuk menjatuhkan Sara.
"Ya Allah! Kalau aku tahu Mikayla akan gaduh dengan Sara, aku tak akan sebut lah nama Firhan tu." ujar Sabrina dengan serba salah.
"Takpe, Sab. Bukan salah kau pun. Dia je yang masih beria nak dekat Firhan." balas Sara.
Seketika kemudian, bas yang mengambil mereka telah pun sampai. Terdapat tiga buah bas yang akan membawa tiga kelas.
Harap cukup lah tempat duduk dalam bas tu, kalau tak cukup... Pandai-pandai lah ke Hulu Langat tu.
Maka, para pelajar pun berpusu-pusu menaiki ke bas kerana ingin mengambil tempat di belakang sekali.
*****
Akhirnya, kesemua pelajar selamat tiba di tempat perkhemahan mereka. Nasib baik lah, tubuh badan masih lagi okay. Setakat kebas bontot tu, benda biasa lah.
"Semua dah ada dekat sini?" tanya Cikgu Khatijah.
"Dah cikgu!" jawab mereka semua dengan penuh semangat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Fiksi RemajaSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
