MCH|16

3.6K 283 67
                                    

FIRHAN ralit memerhati gelang yang berada ditangan Sara. Oh ya, cikgu terlebih baik hati jadi cikgu buat meja jadi dua. Disebabkan orang yang berjawatan kena duduk sama-sama, maka jadilah Firhan duduk disebelah Sara.

Apa lagi si Mikayla tu, angin tak ingat dunia la. Sebab selama ni, Firhan duduk hadapan dia. So, kiranya ada la chance nak try hard gitu.

Sara perasan dengan Firhan yang sedang merenung gelangnya seperti ada masalah sahaja.

"Kenapa tenung gelang tu?" tanya Sara. Tangannya masih lagi berjalan.

Oh ya, she's left handed. Disebabkan isu kecil ni lah mereka bergaduh. Biasalah dah kalau sorang kiri sorang kanan memang la.

"Siapa yang bagi gelang tu?" soalan dibalas dengan soalan.

"Tak ingat lah nama dia. Tapi ibu kata ni kawan masa kecik dulu bagi. Ingat nick name dia je. Han tak silap." terang Sara panjang lebar.

Firhan tersentak. Han? Setahu dia, orang yang rapat je panggil dia dengan panggilan Han.

Gelang yang berwarna emas dan diukir huruf "SF" menjadi kesukaan Sara. "SF" bermaksud "Sara×Firhan". Sweet bukan?

Menurut ibunya, kalau dia kerap memakai gelang tu, dia akan berjumpa balik dengan orang yang dia lupa tu.

"Macam mana kau boleh terdetik balik nak pakai gelang ni?" dengan lebih detail Firhan menyoal.

"Sebab... Aku rindu dekat childhood aku tu. Aku terpisah dengan dia since aku umur 7 tahun, dah 10 tahun tak jumpa. Mesti dia makin handsome sekarang." jawab Sara sambil memandang ke wajah Firhan.

Entah mengapa tiba-tiba, Firhan berasa pelik. Dia terasa sesuatu benda aneh mengenai gadis yang baru pindah ini.

Rasa macam pernah ada kenangan antara mereka. Tapi di mana ya?

"Oh, I see."

Sara menyambung semula kerjanya yang terhenti sekejap akibat pertanyaan daripada Firhan.

"Sara." panggil Firhan semula.

"Ya?"

"Kalau la ditakdirkan kau berjumpa dengan kawan kau tu balik, kau menyimpan perasaan lebih dari seorang kawan ke?"

Mendengar sahaja ayat yang dituturkan oleh Firhan, Sara berasa hairan. Jantungnya memainkan irama yang tidak pernah dia merasakan sebelum ini.

Dup-dap-dup-dap yang sangat laju. Lagaknya baru habis marathon 4x100 di pandang sekolah.

"To be honest, of course lah aku ada simpan perasaan dekat dia but if aku dengan not meant together, then aku patut lah lupakan dia."

"Cliche betul jawapan kau." omel Firhan.

"Biasalah, perempuan kan. Kalau tak complicated mesti cliche." balas Sara.

"Betul la tu, lagi-lagi kau."

"Eh, apa pula aku?" tanya Sara hairan.

"Sebab tak tahu lah."

Sara mengerut keningnya. Apa punya jawapan la mamat ni bagi?

"Apa-apa je lah Firhan oi." ujar Sara lalu dia berjalan menuju ke arah Amna dan Maisarah.

"Rancak nampak borak dengan Sara." tegur Adam.

"Biasalah, aku tanya pasal gelang yang dia pakai tu." balas Firhan.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now