ADAM, IQMAL, HADI DAN FIRHAN menoleh sesama sendiri. Isyarat yang dibuat seolah-olah ingin jawapan. Cikgu yang bertugas hanya buta mata sahaja.
Adam memberi isyarat kepada Iqmal yang bermaksud 'soalan eksperimen, mana jawapan dia?'
Iqmal mengangkat bahu sambil membalas semula isyarat Adam, 'manalah aku tahu gila'
"Psst, psst!" panggil Hadi.
Firhan pantas menoleh sambil mengangkat kening dia. "Apa benda?" tanya Firhan dengan nada berbisik.
"Tu... soalan Definisi Standard Operasi (DSO) kau jumpa jawapan tak?" Hadi mengangkat kertas soalannya sambil menunjukkan soalan DSO.
Firhan pantas geleng kepala.
"Aku pun tak jumpa lagi jawapan." katanya sambil membetulkan posisi kedudukan.
"Firhan, Adam, Hadi dan... Iqmal." tegur Cikgu Niza.
"Eh takde la cikgu, saya tak meniru. Tu ha Hadi duk panggil-panggil saya." kata Firhan.
Laju saja kau buat palataw ye!
"Woi, apa aku pulak?" balas Hadi.
"Kamu ingat, cikgu taktahu ke?" soal Cikgu Niza sarkastik.
Firhan sudah sengih kerang busuk. Tu lah buat kerja tak clean!
Sara pula sudah menahan gelak. Ada-ada je la empat sekawan ni.
"Dah, fokus! Jangan buat bising lagi. Kang cikgu rampas kertas."
Sara menoleh ke belakang. Dia menegur Zafril untuk bertanyakan jawapan.
"Ni kau dah ada jawapan?" tanya Sara.
"Soalan mana?"
"Soalan eksperimen bahagian C. Yang prosedur tu."
Zafril pantas geleng. "Aku, tak tahu. Hari tu masa cikgu ajar aku tak datang."
Sara angguk.
Otak dia tak dapat berfungsi langsung kerana kejadian semalam itu. Sudah la pagi tadi dia tidak bercakap langsung dengan ayahnya.
"Hmmm... bedal je la. Tawakal dah ni kalau salah semua." ujarnya sendirian.
Nak buat macam mana, diri sendiri pun tertekan. Nasib baiklah paper sains ni masuk bab 1 dan 2 je.
Buatnya masuk sampai bab 3, pening kepala nak menjawab.
Masa berlalu begitu pantas, dalam tak sedar... Tamat sudah masa mereka menjawab kertas soalan Sains.
"Baiklah, sila buat semakan kali terakhir sebelum kertas diambil." arah Cikgu Niza.
"Semua puas dengan jawapan yang diberikan?"
Mereka angguk.
"Orang belakang bangun, kutip kertas."
Setelah semua kertas sudah dapat ditangan cikgu, mereka dibenarkan keluar rehat.
Kantin
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Novela JuvenilSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...