SEMINGGU telah berlalu dengan begitu pantas. Kini sekolah kembali beroperasi seperti sebelum ini. Ramai pelajar merungut kerana mereka tidak berpuas hati. Biasalah, siapa je yang tak suka cuti? Rata-rata ramai menyukai kerana hari di mana boleh merehatkan minda.
"Semua dah siap latihan yang diberi pada dua minggu lepas?" tanya Cikgu Ooi selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu.
"Sudah, cikgu." balas mereka seisi kelas.
"Baiklah, hari ini kita akan bincang jawapan. Boleh tukar buku dengan kawan ye." arah Cikgu Ooi.
Setelah selesai pertukaran buku, mereka pun memulakan sesi perbincangan.
"Soalan peribahasa... Seperti yang kamu semua ketahui, format SPM telah pun berubah dan tak sama seperti dahulu. Jadi cikgu ingin memaklumkan bahawa, kamu semua perlu menguasai serba sedikit tentang peribahasa. Cikgu tahu masih ramai antara kalangan kamu semua yang masih belum menguasai peribahasa..."
"...Bagi yang sudah menguasai tu, tahniah cikgu ucapkan. Yang belum, masih ada masa untuk menguasai."
"Okay jom kita pergi ke soalan pertama."
"Menyatakan maksud peribahasa yang sama seperti telah diberi. Ada sesiapa yang volunteer untuk beri jawapan?" tanya Cikgu Ooi.
Tiada para pelajar yang volunteer diri.
"Kalau begitu, saya nak Sara berdiri dan baca serta berikan jawapan." arah Cikgu Ooi.
Sara terus berdiri sebaik sahaja namanya disebut. Tanpa melengahkan masa, Sara terus memulakan pembacaannya.
"Soalan 1, bagai pinang di belah dua. Peribahasa yang sesuai ialah bagai cincin dengan permata." kata Sara.
"Syabas Sara kerana telah menjawab dengan betul, awak boleh duduk semula." ucap Cikgu Ooi.
"Soalan seterusnya... Ha Mikayla!"
Mikayla yang sedang leka dengan hal lain itu tidak menghiraukan langsung panggilan gurunya.
"Jangan la biadap sangat, cikgu panggil tu dengar lah." Sara bersuara.
"Suka hati aku lah nak ke tidak. Kau sibuk asal?" Mikayla mendengus sebelum dia bangun dan membacakan jawapan.
"Soalan 2, maksud peribahasa yang sama dengan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ialah..."
Mikayla terdiam seketika. Dia lupa hendak menulis jawapan, semalam dia dah ingat. Semalam je lah ingat jawapan, hari ini lesap lah.
"Apa dia?" tanya Cikgu Ooi.
Mikayla sengih kerang busuk. "Sorry cikgu, I lupa nak letak jawapan." balasnya.
"Benda simple pun tak boleh jawab, dasar beban kelas." sindir Adam.
"Boleh berdiri di luar kelas. Se.ka.ra.ng!" arah Cikgu Ooi dengan tegas.
Yang lain sudah menahan gelak, puas hati mereka apabila melihat Mikayla di denda.
"Dah tahu diri tu beban kelas, buat lah cara nak belajar. Ni duk buat benda takde kaitan dengan pembelajaran." sambung Iqmal pula.
"Buu!" seisi kelas mengucapkan kepada Mikayla.
Mikayla hanya tebalkan muka dan biarkan sahaja mereka mengejek dirinya.
"Duduk kat luar kelas tu jangan nak tambah beban orang lalu lalang dekat situ pula. Dah tahu diri tu beban, nak juga menyusahkan orang. Ish, tak patut." giliran Maisarah pula melontarkan kata-kata.
"Okay class, enough okay? Kita sambung pembelajaran yang terberhenti tadi."
Cikgu Ooi bersuara bagi mengawal semula keadaan kelas yang sedikit huru-hara.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...