DAY I AT KELANTAN...
06:30 pagi
Mereka semua sudah pun bangun. Kini, tengah menunggu giliran untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh berjemaah.
Solat kali ini diketuai oleh Iqmal. Walaupun baru sehari mereka tiba disini, namun Tokmek Iqmal telah mengajar bahawa selagi ada masa untuk solat berjemaah selagi tu lah solat bersama-sama.
Setelah sudah menunaikan solat subuh, mereka bergegas menuju ke dapur.
"Mek masok gapo?" tanya Paksu sambil mengambil tempat duduk di sebelah Iqmal.
"Hari ini kito makey nasi berlauk deh." balas Mek Timah dengan senyuman.
Nasi berlauk yang berlaukan gulai ikan tongkol, arca, budu, ayam goreng berempah dan sedikit kuih-muih serta air kopi O.
Masing-masing meneguk air liur. Sedap sekali nasi berlauk ni walaupun kali pertama makan.
"Ado ko ore dok make ike?" tanya Paksu.
Mereka menggeleng. Alhamdullilah semua suka makan ikan.
"Ha, Firhan... baca doa." suruh Paksu.
Nasib lah paksunya reti sedikit bercakap KL berbanding dengan Tokmek yang sememangnya asal orang Kelantan.
Setelah bacaan doa selesai, mereka pun sarapan bersama-sama.
"Meta lagi nok tubik mano?" tanya Mek Timah.
"Ore nok bawok sain gi jalei Pasar Siti Khadijah nge Aeon Mall KB." balas Iqmal menyatakan tempat yang ingin mereka pergi.
"Poksu nok mari ko?" tanya Iqmal kepada Paksu.
"Kalu sempat poksu tubik skali la... kalu dok gak, sekmu jah." ujar Paksu.
"Mu nok tubik pukul berapo?" soal Mek Timah.
"10:00 pagi gitu lah." jawab Shah.
Mek Timah angguk. Yang lain hanya menikmati masakan yang dimasak. Nak sembang, tak tahu nak cakap apa.
"Tambah la... Jangan segan-segan. Khas Mek masak untuk korang ni." pelawa Paksu.
"Memang kat sini kalau pagi-pagi makan nasi berlauk ke Paksu?" tanya Amna.
Paksu menggeleng. "Tak juga, ikut lah... Kadang tu sarapan kuih je." balasnya.
"Paksu memang makan berdua je lah dengan Mek?" soal Sara pula.
"Iya, dah kami berdua je kat rumah. Kalau Mek malas masak pagi, selalunya paksu beli je." jawab Paksu.
Sara angguk. Sekarang dia mengerti gaya hidup orang kampung di negeri ini.
"Kamu semua asal mana ni?"
Lupa pula hendak bertanya, semalam dah keluar tak sempat la nak sesi berkenalan.
"Sara asal Johor dengan Pahang." kata Sara.
"Saya pula Perlis dengan Pahang. Sama dengan Hadi, Hadi sepupu sebelah mak saya." kata Maisarah.
"Ohhh, sepupu? Patutlah muka seakan sama." ujar Paksu Iqmal setelah mengetahui hubungan Maisarah dan Hadi.
"Ha ah, ramai juga kata macam tu."
"Amna orang Perak dengan KL." kata Amna.
"Adam pula... Melaka." ujar Adam.
"Firhan pula Johor dan Negeri Sembilan." ujar Firhan.
"Hahaha! Patutlah semua macam diam je bila tengok Paksu, Iqmal dengan Mek berborak." kata Paksu sambil gelak.
"Selalu dengar orang cakap dalam talian je, ni depan-depan terus kekok." ujar Hadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Novela JuvenilSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
