SELESAI sahaja majlis bersanding pada sebelah petang tadi, Sara terus merebahkan dirinya diatas katil. Penat tak terkata, macam dia pula yang kahwin.
"Hai... Penat nampak?" tegur Kak Nurin.
Sara pantas membetulkan posisi. "Penat sikit je kak, biasalah ramai juga tetamu ibu dengan ayah. Kawan abang pun tak ketinggalan." katanya lalu beranjak untuk memberi ruang kepada Kak Nurin.
"Nasib baik lah kawan Nurin tadi tak ramai. Nurin tengok ibu, ayah, Syirah dengan Ilyana layan pun dah macam tak cukup tangan." balas Kak Nurin.
"Hahahaha, biasalah tu. Ibu tu ramai kawan dia sebab dulu masa dia bersalin abang... ramai orang gembira. Ayah pula sebab dulu masa abang kecil, ayah selalu bawa abang ikut mana-mana gathering. Tak kisah lah majlis sekolah ke, majlis dekat surau, mesti abang tak ketinggalan. Sebab ayah pernah pesan masa abang umur 5 tahun atau 6 tahun." cerita Sara mengenai Luqman.
"Ya, Nurin tahu. Luqman ada cerita. Dia kata, suatu hari nanti bila Luqman dah besar panjang, dah bersedia nak mendirikan rumah tangga... Dia nak Luqman jalankan tanggunjawab sebagai suami yang baik. Biarpun tak sempurna, janji dia tahu tugas dia." sambung Nurin.
Sara angguk. Itulah nasihat Encik Latiff kepada Luqman. Sara tahu pun sebab kadang-kadang Encik Latiff akan menitipkan semula pesanan itu.
"Hmmm, Ilyana." panggil Kak Nurin.
"Ya?"
"Nurin nak tanya, tapi Nurin harap kamu tak makan hati dengan soal Nurin ni." pinta Kak Nurin berhati-hati.
"Kenapa?"
"Sebenarnya... Apa yang berlaku selepas kamu berjumpa dengan kawan ibu? Aunty Syuhada." tanya Kak Nurin.
"Ouh, yang itu ke? Macam mana Kak Nurin boleh terdetik nak tahu?" tanya Sara semula.
"Nurin bukan apa, Nurin tengok kamu dengan dia macam ada sesuatu." balasnya.
"I see."
Flashback
"Dia sebenarnya... Childhood kamu. Ya, dia lah Han yang kamu selalu sebut namanya." jelas Puan Syafina.
Lama sudah dia menyimpan rahsia ini.
"Sejak bila ibu tahu?" soal Sara.
"Sejak ibu jumpa dengan Aunty Syu. Mula-mula ibu pun tak perasan, sekali lepas jumpa dengan Aunty Syu baru ibu tahu yang kita semua ni lost contact sama-sama." jawab Puan Syafina.
"Maafkan aku, Sara. Sebab tak beritahu dari awal lagi. Aku minta maaf sangat-sangat." pinta Firhan.
"Macam mana kau boleh tahu aku ni Yana kau?" soal Sara kepada Firhan.
"Sebab... Cara kau rapat dengan Hadi, Adam, Iqmal lain. Tak sama macam cara kau rapat dengan aku. Lagi pun, mana ada orang panggil aku Han selain close friend." jelas Firhan.
"Dan, kau suka chocolate. You really like it a lot. Yana dari dulu sampai sekarang, hantu coklat dan kuat menangis."
"Yana jangan marah Han ya? Aunty yang minta dia rahsiakan dulu." ujar Puan Syuhada.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...