MCH|35

2.2K 195 11
                                    

21 SEPTEMBER

HARI yang ditunggu-tunggu  oleh pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan MKT sudah pun tiba.

Setelah puas meneliti penampilan diri, Firhan pun keluar dari biliknya.

"Hui kacak bergaya sungguh anak daddy ini." puji Encik Fakhrul.

Ya, dia sungguh kagum kerana Firhan Haziq kalau bab bersiap memang ada style nya.

Good looking lah katakan.

Firhan tersipu malu.

"Biasa-biasa je daddy." balasnya.

"Eleh padahal kembang dah bila daddy puji dia handsome." sampuk Faris.

"Bising kau ni ngah, aku tahu lah aku ada rupa. Dari kau tu muka macam jalan tar je."

Satu jelingan maut diberikan kepada Firhan.

"Muka angah yang handsome persis Cha Eun Woo kau kata macam jalan tar? Tak patut kau ni."

Gelengan diberi. Agaknya lah kan adiknya seorang ini terminum ketum, itu yang jadi sebegitu.

"Sudah lah tu. Abang chik pergi pakai kasut tunggu luar, mummy nak pakai tudung." arah Puan Syuhada.

Tanpa balasan, Firhan terus jalan menuju ke rak kasut. Sepasang kasut nike force air diambil dan dipakai.

Sempat juga mengambil beberapa gambar dan boomerang.

Hari ini merupakan hari berbahagia dia kerana baju yang di pilih itu nampak sempurna di dirinya kerana Sara dah Iqmal yang tolong memilihkan.

Tersenyum lebar sampai ke telinga lah hari ini buat insan yang bernama Firhan Haziq.

"Kot ye pun semangat nak pergi, salam lah daddy dulu kamu ni pun." tegur Encik Fakhrul.

Tersengih-sengih Firhan dibuatnya. Dengan pantas, Firhan bersalam dengan Encik Fakhrul.

"Dah jom pergi nanti jammed pula dekat sana." ajak Puan Syuhada sambil memegang kunci kereta Honda Civic RS.

Firhan terus mengambil tempatnya disebelah seat pemandu.

Ya, hari ini Puan Syuhada akan menghantar dan mengambil dia. Nampak kan dia punya clingy dengan mak tu?

Haih, mana tak clingy. Dari kecil sampai lah ke besar, asyik duduk bawah ketiak mak je.

Namun, itu tidak menjadi masalah buat Firhan Haziq. Biarlah orang kata anak emak sekalipun, janji emaknya memahami dia pun dah cukup bagus.

"Have fun ye dekat sana. Mana lah tahu jumpa jodoh nanti boleh terus kahwin." usik Puan Syuhada.

"Eh mummy ni ke situ pula. Takde nya jodoh, lepas dah SPM dah kerja nanti baru kahwin." balas Firhan.

Matanya fokus memandang pemandangan yang ada disekeliling.

Perjalanan dari rumahnya ke Mines Resort Beach hanyalah 15 minit sahaja. Kalau jammed dalam setengah jam juga lah.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now