EPILOG

1.6K 133 22
                                    

1389 words untuk epilog, harap semua enjoy 😌

Tahun baru sudah pun sampai, kini mereka akan menjalani kehidupan baru yang orang kata lebih mencabar daripada sebelum ini.

Alhamdullilah semuanya baik-baik sahaja, makin bahagia di samping keluarga baharu. Sekarang ini mereka tengah menunggu hari yang menjadi debaran buat seluruh pelajar tingkatan 5.

Mengikut arahan KPM, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan di keluarkan selepas cuti awal tahun pada bulan Mac.

Masing-masing menyimpan debaran yang penuh kian terasa kerana sekarang sudah pun cuti awal tahun penggal satu.

"Ibu... Adik rasa debar," mengadu Sara.

"Apa adik ni, result kamu minggu depan. Yang gelabah awal sangat ni kenapa?" tanya Puan Syafina.

"Mesti lah adik kena gelabah, buatnya result adik tak gempak macam mana?" Sara mula overthinking.

"Adik dengar sini. Keputusan kamu tak menjaminkan apa-apa pun. Yang penting, kamu tahu tahap pencapaian kamu setakat mana. Usaha kamu sampai mana, ibu ayah tak marah malah kami bangga sebab adik dah buat sebaik mungkin. Apa yang penting, adik dapat kerja yang bagus pun ibu dah cukup bersyukur." panjang lebar nasihat Puan Syafina.

"Ibu faham adik mesti nak banggakan ibu dengan ayah. Ibu tahu sebab ibu pun pernah melalui frasa macam adik tapi atuk dengan wan tak pernah marah ibu sebab mereka tahu tahap kemampuan ibu. Yang penting, solat tak tinggal."

Lega sedikit hati Sara mendengar nasihat daripada Puan Syafina.

"Jangan fikir lah dik, doa sebaik mungkin dan sehabisnya," pesan Puan Syafina.

Kini tinggal mereka berdua sahaja, memandangkan Safa telah pun selamat mendirikan rumah tangga pada bulan 12.

Encik Latiff pula seperti biasa, sibuk dengan urusan sekolah. Biasalah, dia kan Tuan Pengetua. Terdapat banyak tugasan yang perlu diuruskan.

Jika Sara tidak bekerja atau malas, dia akan turut membantu ayahnya di sekolah. Dah besar pun masih ada ya penyakit malas ni.

"Apa-apa pun keputusan yang kamu dapat, memuaskan atau tidak memuaskan kamu tetap anak ibu dan ayah sampai bila-bila," kata Puan Syafina sambil memeluk tubuh Sara.

Sara benar-benar rasa terharu, ini pertama kali dia rasa support daripada seorang ibu. Selalunya dapat support dari ayah.

"Jom lah dik kita keluar berdua," ajak Puan Syafina.

"Kita nak pergi ke mana ibu?" tanya Sara pula. Hari ini dia baru sahaja mencadang ingin bersantai.

Yup, Sara merupakan pekerja barista di kedai Tealive bersama Maisarah. Amna pula? Dia bekerja sebagai cashier dekat Familymart.

Yang boys pula, Firhan bekerja di uniqlo bersama Adam. Shah pula menghabiskan masanya di kelantan.

"Adalah, tempat tu rahsia. Lepas zohor kita gerak," kata Puan Syafina.

"Dahtu ayah macam mana? Nanti ayah balik rumah takde orang pula," ujar Sara.

"Takpe, ibu dah bagitahu. Ayah pun tak kesah," jawabnya.

"Okey lah kalau begitu, adik tak kesah. Janji tempat tu menyeronokkan,"

"I'm sure you gonna love it."

14:30 p.m.

Sara menghela nafas. Sungguh dia tidak faham, mengapa ibu bawanya pergi ke sini?

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now