MCH|31

2.5K 213 17
                                        

SEAWAL 07:00 pagi mereka semua telah pun bangun. Masing-masing leka mengemas sebelum bertolak pada pukul 11 nanti.

"Huarghhh, tak sangka dah habis dah sesi perkhemahan kita. Kejap je masa berlalu, tahu-tahu nanti trial. Ready pun tak lagi." bicara Amna sebagai topik perbualan.

"Aku setuju. Kita rasa macam lama lagi nak SPM tapi sebenarnya kejap. Ya Allah, nak habis sekolah dah." balas Maisarah.

"Tahu takpe, aku yang baru masuk ni pun tak sangka nak habis sekolah dah." tutur Sara sambil menarik zip begnya.

"Kira okay lah kau masuk sini... Kalau tidak, memang aku kawan berdua je lah dengan Amna ni." balas Maisarah sambil mencebik.

"Hahahaha, kenapa pula?" soal Sara.

"Ye lah, aku dari umur 12 tahun hadap muka Amna ni. Muak juga lah sebenarnya." guraunya.

"Eleh kau, padahal dalam hati dah bersyukur gila ada kawan macam aku." kata Amna sambil jeling manja.

"Aku nak tanya dekat Sara, kawan-kawan dari sekolah lama kau takde contact kau langsung ke?" tanya Iqmal. Elok saja tangannya di dalam kocek.

Sara hanya mampu senyum nipis. Mereka di sana pun nampak bahagia tanpa dirinya. Seolah-olah kewujudan dirinya selama ini tidak dihargai langsung.

"Kalau diorang rasa aku ni bermakna, diorang akan cari juga. Kalau takde, belajar lah terima kenyataan." jawapan ringkas dari Sara membuatkan Iqmal terdiam seketika.

"Sorry lah kalau soalan tu macam buat hati kau terguris. Aku cuma nak tahu je." ujar Iqmal dengan serba salah.

"Takde apa lah, mal. Aku tak terasa hati pun." kata Sara lalu melangkah keluar dari khemah.

"Dia memang macam tu ke?"

Masing-masing mengangkat bahu. "Aku pun tak pasti. Susah juga orang macam ni... mulut kata lain, hati kata lain." ujar Adam sambil memerhati tingkah laku Sara.

Melihat saja gaya Sara itu, dia sudah pasti bahawa Sara bukanlah orang yang ada kawan sangat.

"Aku pujuk Sara jap." pinta Firhan.

Adam dan Iqmal berpandangan sesama sendiri. Timbul
rasa hairan antara mereka berdua.

Amna, Hadi dan Maisarah hanyak beriak biasa sahaja. Mereka sudah pun mengetahui tentang hubungan Sara dengan Firhan.

"Korang bertiga tahu apa-apa ke?" tanya Adam.

Mereka pantas menggeleng. "Tak tahu apa-apa pun. Why, kau tengok kita orang bertiga ni macam tahu something ke?" soal Maisarah kembali.

"Nampak lah macam tahu sikit. Tapi sikit je lah." balas Iqmal.

"Nanti kau tunggu je lah Firhan buka cerita." kata Hadi lalu baring semula.

"Alah, nak tahu juga." pujuk Adam.

"Ye nanti kau dengan Iqmal tahu. Tapi bukan sekarang, mungkin nanti." ujar Amna.

"Apa yang rahsia sangat sampai korang berat mulut nak bagitahu ni..." keluh Adam.

"Nanti kau tahu lah." kata Maisarah.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang