* sambungan flashback *
HARI berganti hari, tahun berganti tahun. Masuk tahun ini Sara dan Firhan sudah pun berumur 7 tahun.
Cepat masa berlalu, tahu-tahu mereka sudah masuk sekolah rendah. Ya, mereka berdua sekolah di tempat yang sama tak cukup dengan itu kelas pun sama.
Betapa kuatnya friendship mereka ini. Kan?
"Seronoknya mereka berdua..." tegur daddy Firhan, Encik Fakhrul.
"Mesti lah dedi! Han suka sebab Yana satu kelas dengan Han. Han ada kawan." balas Firhan dengan gembira.
"Amboi-amboi, dah macam pasangan bercinta ye kamu berdua ni." giliran Puan Syafina pula menyampuk.
Sudah semestinya Firhan menjadi mangsa buli oleh Sara. Itulah insan yang bernama Sara Ilyana, dia suka sangat buli Firhan.
Kadang tu, sampai menangis Firhan dibuatnya. Tapi bila Firhan balas balik, tahu pun menangis.
Senang kata, sama-sama nakal lah mereka berdua ni. Patut lah boleh rapat.
"Alang-alang semua ada dekat sini, aku nak bagitahu satu berita." tutur Encik Latiff.
"Apa dia?" tanya Puan Syuhada semula.
"Begini... Tahun baru, aku akan ditukarkan ke sekolah di negeri Johor. Jadi... Kami bakal berpindah dalam dua minggu akan datang." beritahu Encik Latiff.
"Lah, kenapa kau baru bagitahu?" tanya Encik Fakhrul.
"Aku pun baru dapat tahu dari jabatan, beberapa hari lepas. Aku tak nak lah kau sedih..." jawab Encik Latiff.
"Sedih tu memang ada, tapi lagi sedih bila kau bagitahu last minute."
"Maafkan kami sekeluarga... Syu, Rul." ucap Puan Syafina.
"Takpe lah kalau begitu, kita janji jangan lost contact ya?" pesan Puan Syuhada.
Puan Syafina angguk. Dia sendiri pun tak sanggup nak berpisah dengan kawan yang sudah dianggap macam keluarga sendiri.
Lagi-lagi pengorbanan Puan Syuhada menjaga Sara. Sungguh dia tidak mampu untuk membalas jasa itu.
"Kalau sempat, kita buat lah jamuan makan-makan sedikit. Dekat taman yang berdekatan ke... ataupun pantai, boleh juga. Kan?" cadang Puan Syuhada.
"Okay no problem, apa-apa kita deal kemudian." putus Encik Latiff.
Maka mereka sekeluarga pun berangkat pulang. Lagi pun dah petang ni, banyak lagi urusan yang perlu disiapkan.
*****
Kini, tiba lah hari di mana dua keluarga bakal berpisah. Berat sungguh hati ingin melepaskan... namun apakan daya, kalau ada jodoh pasti berjumpa juga.
"Syaf, kau kena pindah juga ke."
"Ya, Syu. Aku pun kena ikut juga... Jangan sedih." pujuk Puan Syafina.
"Siapa je tak sedih, kau tu aku dah anggap macam keluarga sendiri tau. Boleh pula kau tinggalkan aku..." ujar Puan Syuhada dengan sayu.
"Nanti ada masa kami datang jenguk lah kau sekeluarga dekat KL. Lagi pun, rumah kami masih ada di sini." pujuk Puan Syafina.
"Kalau ada jodoh, kita akan berjumpa. Kalau kita tak berjumpa, aku yakin Han dan Yana akan berjumpa dahulu. Insya-Allah." kata Puan Syafina sambil memeluk tubuh Puan Syafina.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Novela JuvenilSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
