MCH|03

4.7K 335 19
                                    

HARI ini hari kedua Sara di sekolah barunya. Dia berharap gadis yang bernama Mikayla itu tidak lah cari pasal dengan dirinya.

Flashback

"Dia... sebenarnya, suka dekat si Firhan tu. Tak silap aku dia pernah confess dekat Firhan tapi kena reject. Motif Firhan reject dia tak pasti... Rasanya Firhan kata dia anggap Mikayla tu as classmate dan dia tengah menanti seseorang." cerita Maisarah panjang lebar.

"Since dari situ lah dia jadi geram dengan Firhan, ye lah siapa je tak geram? Suka punya lah bertahun sekali kena reject. So start dari situ lah Mikayla cuba cari attention dekat Firhan tapi Firhan buat tak endah je. And, dia pantang kalau ada perempuan lain dekat dengan Firhan." sambung Maisarah.

"That's why kalau semalam masa dia nampak kau dengan Firhan, dia jadi tak tentu arah. Itu je sebenarnya masalah dia." giliran Amna pula bersuara.

Terangguk-angguk kepala Sara dibuatnya. Fuh, complicated tapi tak pun.

"Kiranya Mikayla ni geram lah sebab cinta dia tak terbalas?" Amna angguk.

"I see, aku rasa takde apa-apa kot. Aku pun tak kenal mana lagi dengan classmate kita ni." kata Sara sambil mengigit rotinya.

"Dulu sebelum kau pindah sini, ayah kau mengajar dekat mana?" tanya Maisarah.

"Kami dulu dari Johor, waktu aku umur 7 tahun aku ada dekat KL. Tapi hujung tahun tu kena pindah ke Johor. Jadinya aku menetap di Johor sampai lah umur 16 tahun. Lama bukan?" jawab Sara.

"Oh, faham."

"Nasib baik kau ditempatkan ke sekolah sini, at least aku dengan Maisarah ni ada lah kawan baru." kata Amna sambil membetulkan tudungnya.

"Patutnya aku tak masuk sekolah sini, tapi disebabkan rumah lama aku ada dekat sini... So ayah aku request lah nak pindah ke sini. Dapat lah aku ke sekolah sini." Sara menyedut air milo nya.

Masa rehat berbaki 10 minit sahaja lagi.

"Jom lah kita naik kelas." mereka bertiga bangun dan berjalan keluar dari kantin.

End of flashback

"Hah! Termenung apa tu?" sergah Amna.

"Opocot mak kau hijau letup-letup." Sara melatah kerana terkejut.

Amna sudah ketawa, geli hati dia apabila melihat Sara melatah sebegitu.

"Ish kau ni, tak baik lah. Nasib aku melatah sikit je... buatnya panjang aku melatah lama lagi lah kau gelak." marah Sara.

"Terhibur aku dengan kau ni, pagi-pagi pun cepat melatah eh." tutur Amna dengan sisa tawanya.

"Gelak lah kau sorang-sorang." kata Sara lalu berpaling muka.

Nak merajuk!

"Alah Sara, aku gurau je..."

Amna dah gelabah, tu lah kau buat lagi orang melatah kan dah mendapat.

"Sara..." panggil Amna.

Namun Sara tidak menghiraukan, dia masih lagi dalam
merajuk.

"Assalamualaikum geng!" sapa Maisarah.

"Waalaikumussalam, ha Maisarah... Kau datang pada waktu yang tepat. Help me, Sara merajuk!" Amna meminta pertolongan dari Maisarah.

"Dah kenapa pula Sara merajuk?" tanya Maisarah pelik.

"Aku tak sengaja buat dia melatah, lepas tu dia marah dekat aku..."

Maisarah sudah geleng kepala. "Itu lah kau, orang takde penyakit dia sibuk cari penyakit. Padan muka."

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now