PUAN SYUHADA ralit mengacau straw minumannya. Dia dan Encik Fakhrul sedang menanti kehadiran Puan Syafina dan Encik Latiff.
Menurut Encik Latiff, mereka ada urusan yang perlu dibincangkan bersama Puan Syuhada dan Encik Fakhrul.
"Hai Adda, sorry lambat. Tadi jalan jammed dekat simpang nak masuk sini." tutur Puan Syafina lalu mengambil tempatnya.
"Takpe, aku faham. Weekend kan. Memang jammed la jawabnya." balas Puan Syuhada sambil senyum.
"Ada urusan apa nak berjumpa kami ni?" soal Encik Fakhrul yang straight to point.
"Amboi kau, Rul. Serious benor bunyi nada suara." usik Encik Latiff.
"Takde la, jarang kau ajak jumpa luar kawasan rumah. Selalu nak jumpa datang rumah je." kata Encik Fakhrul lalu meletakkan tangannya di belakang puan Syuhada.
Haih, dah nak separuh abad pun sweet lagi.
"Hahahaha, gini la... Rul, Adda. Aku ada hajat nak bagitahu kat kau orang berdua." ujar Encik Latiff dengan serious.
"Apa dia tu, macam serious je?" balas Puan Syuhada.
"Tak serious pun... Sebenarnya, Sara dah jumpa dengan anak kau tu. Firhan kan? Kawan childhood dia. Jadinya aku bercadang nak la kita ni jadi besan." cerita Encik Latiff.
"Insya-Allah, kalau dah tertulis takdir mereka... Takkan kemana jua tu." balas Puan Syuhada.
"Sebelum terlupa, dua bulan akan datang... Luqman akan bernikah. Nanti aku pass card kahwin dia." beritahu Puan Syafina pula.
"Uih, awal sambut menantu? Orang mana menantu kau ni." tanya Puan Syuhada.
"Orang sini juga. Mak ayah dia asal Kedah."
"Okay la tu dapat menantu dah. Aku ni, nak tunggu si Farhan tu bapak la payah. Umur pun nak masuk bujang tua." omel Puan Syuhada.
"Farhan sampai sekarang takde someone special ke?" soal Encik Latiff.
Puan Syuhada menggeleng. "Tak ada. Mana nak ada, asal orang nak berkenalan dengan dia... Reject selalu."
"Takpe la Adda, doa yang baik-baik je."
"Faris pula macam mana?" soal Encik Latiff.
"Alhamdullilah, dia ada pujaan hati. Cuma tak kenalkan lagi pujaan hati dia tu dekat kami. Aku tahu pun sebab si Farrah tu beria bagitahu." tutur Encik Fakhrul pula.
"Oh ya, aku lupa. Farrah memang mulut kecoh sikit dari dulu berbanding Firhan tu." kata Puan Syafina.
"Kiranya anak kau sekarang ni Farrah dengan Firhan je lah yang sekolahnya?"
Puan Syuhada angguk. "Tak lama dah tu, tahun depan Farrah pula tamat sesi persekolahan."
Ya, mereka semua sudah tua. Anak pun makin besar.
"Si Safa tu sekarang kerja kat mana?" soal Encik Fakhrul.
Lama tak jumpa, banyak la perkara yang disembangkan. Biasalah, perjumpaan mak dan ayah memang gini.
Dah habis satu topik, pergi topik lain. Duk ulang lah sampai masing-masing ingin mengundur diri.
Itupun sempat lagi sembang tepi kereta. Kadang dah masuk dalam kereta sempat lagi sembang dekat cermin. Makin rancak pula topik yang disembangkannya.
Well, typical of asian parents.
"Kerja dekat office la. Boleh tahan busy juga dia tu, kadang sampai tak balik rumah."
"I see. Kau still bekerja lagi?"
Puan Syafina angguk.
"Aku ni lama lagi nak pencen, Adda. Tunggu merasa empat lima orang cucu pun sempat." seloroh Puan Syafina.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Novela JuvenilSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...