MCH|05

4.3K 340 32
                                    

PADA pagi ini mereka akan berkumpul di tapak perhimpunan. Walaupun hari ini sudah hari ketiga sesi persekolahan namun mereka semua masih belum sempat berkenalan dengan pengetua baru.

"Aduh leceh betul lah nak kena duduk tapak perhimpunan ni." rungut Hadi.

"Ye do, kebas bontot aku macam ni." sambung Iqmal pula.

Firhan? Jejaka itu tidak banyak bunyi, dia diam sahaja. Mungkin kerana dia di gelar jejaka sombong dan dingin.

Walhal dia okay sahaja kalau orang tegur dahulu.

"Ish korang ni banyak bunyi pula, cuba lah diam sikit." tutur Firhan sambil menjeling satu persatu wajah rakannya.

"Kau ni kenapa Han? Moody ke apa." tanya Adam.

Pelik, jarang-jarang Firhan takde mood pada pagi ini.

Firhan pantas menggeleng. "Takde apa lah, aku nak pergi bertugas."

Lalu Firhan pun bangun dan menuju ke tepi kanan dewan.

"Asal dengan mamat tu?" Hadi mengjungkit bahu.

"Aku pun tak tahu lah kenapa, period agaknya." balas Adam pula.

"Para pelajar di minta bersedia kerana kita akan mengadakan perhimpunan sebentar lagi." ucap Cikgu Nadeerah selaku pengacara majlis.

Maka para pelajar mula membetulkan kedudukan mereka dan bersedia.

"Baik lah mengumumkan ketibaan yang berbahagia, Tuan Pengetua baharu kita iaitu Encik Latiff diiringi dengan barisan pentadbir."

Bunyi tepukan gemuruh kedengaran. Ramai pelajar yang terpersona dengan wajah Encik Latiff.

Walaupun umur sudah separuh abad, namun wajah tampan itu masih ada.

"Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, saya menjemput saudari Adam Izwan untuk membacakan doa supaya majlis kita dapat diberkati oleh Allah SWT."

Adam terus berjalan menuju ke pentas. Microphone bertukar tangan. Memang sudah menjadi rutin buat Adam untuk membaca doa.

Maka dengan itu, bacaan doa pun dimulakan. Para pelajar hanya mengaminkan sahaja apa yang dibaca oleh Adam.

"Aamin ya rabbal alamin. Terima kasih saudari Adam Izwan yang sudi membacakan doa pada pagi ini. Moga majlis kita diberkati." ujar Cikgu Nadeerah.

"Tanpa berlengahkan masa, saya menjemput tuan pengetua kita untuk memberikan sepatah dua kata sebagai tanda perkenalan kepada kita." Encik Latiff berjalan menuju ke arah pentas.

"Baiklah, terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan guru-guru pentadbir, para guru dan para yang saya hormati. Saya, Latiff bin Abu Bakar ingin memperkenalkan diri sebagai tuan pengetua baru buat kamu semua."

"Saya harap kamu semua dapat memberikan komitmen yang baik serta jadi pelajar yang mematuhi peraturan sekolah. Jangan suka sangat ya langgar peraturan sekolah."

"Jadi saya rasa itu sahaja buat kali ini. Semoga kita berjumpa pada masa yang akan datang."

Para pelajar menepuk tangan mereka. Yeay! Nasib baik lah pengetua ni tak suka berucap lama. Kalau tidak, menahan mata lah jawabnya dari tertutup.

"Terima kasih atas ucapan yang diberikan oleh tuan pengetua sebentar tadi. Sekarang kita beralih pada pengumuman untuk minggu ini."

Maka perhimpunan diteruskan. Ada juga para pelajar mencatat apa yang patut.

Buat catatan ringkas dan padat sahaja. Tak perlu panjang-panjang. Takde orang nak baca, kan?

"Maka penutup pada majlis kita hari ini ialah semua pelajar diminta bersedia untuk menyanyikan lagu sekolah. Sebelum saya terlupa, guru yang bertugas pada minggu ini ialah saya, Cikgu Nadeerah, Cikgu Zubir, Cikgu Zaleha dan Cikgu Fitriah. Sebarang masalah boleh jumpa dengan kami berlima."

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now