SEMINGGU pun sudah berlalu. Hari ini, mereka sekelas mengulangkaji bersama-sama. Exam awal tahun bakal berlangsung pada hari Isnin hadapan.
Segala buku rujukan dan nota telah dibawa untuk ulangkaji.
"Aku tak nak exam..." sungut Hadi sambil meletakkan kepalanya diatas meja.
"Kau ingat kau sorang je? Aku pun." tutur Adam pula lalu menutup buku latihan BM.
"Apalah korang ni, beria study. Exam awal tahun je." sampuk Ridzuan.
"Orang study sebab nak jadi pandai. Bukannya bengap sepuluh keturunan." perli Iqmal pula.
"Auch, dalam betul ayat mu. Menusuk ke jiwa ku!" balas Ridzuan sambil memegang dadanya.
"Malas aku layan senget kau ni." kata Adam lalu tidur.
Ada lebih kurang 35 minit lagi sebelum masa revision mereka tamat.
Kemudian, selepas sahaja tamat masa revision, mereka boleh pulang ke rumah.
Firhan hanya diam tak berkata. Matanya masih focus membaca latihan yang pernah dibuat sebelum ini.
Menurut cikgu BM mereka, akan ada soalan yang sama seperti latihan mereka.
"Woi Firhan, tekun nampak?" sapa Iqmal.
"Diam lah kau ni..." balas Firhan.
"Tutup la buku tu, tak perlu study."
Eh, mamat ni hasut Firhan pula ke? Tadi kemain perli si Ridzuan tu.
Apalah.
"Bang, kalau bang rasa hidup abang dah lama... Kacau lah saya, saya ni ringan je nak sepak orang." balas Firhan sarkastik.
"Ya lah, aku tak kacau. Garang betul... Kacau sikit pun tak boleh." Iqmal mencebik.
"Petang ni nak study group sama-sama tak?" tanya Sara.
"Boleh juga, parents kau bagi ke?" balas Amna.
Sara angguk.
"Hari ni parents aku nak keluar, katanya nak jumpa kawan lama diorang... So aku tak ikut."
"Takpe ke kalau pergi rumah kau?" soal Hadi pula.
"Takpe, nanti datang lah. Jom lah." ajak Sara.
"Ada jawapan untuk soalan Morfologi yang ni tak?" tanya Maisarah sambil menunjukkan soalan yang diberikan.
Sara pantas menggeleng. "Huh, bab Morfologi jangan tanya aku... Aku memang ke laut dalam jawabnya."
"Sama lah." kata Amna juga.
*****
"Betul ni dik tak nak ikut?" tanya Encik Lattif buat kali terakhir.
Sara angguk. "Ye, dah sepuluh kali adik kata adik tak nak."
"Kamu pasti?" duga Encik Latiff.
Sara menghela nafas. Ayahnya pun satu hal la. Saja la tu nak buat aku tukar keputusan.
"Memang pasti, 100%!"
"Baiklah."
"Hmm, ibu dengan ayah pergi dulu. Kamu jangan buat benda bukan-bukan pula dekat rumah ni. Apa-apa ibu dah masak, panaskan lah nanti." pesan Puan Syafina sebelum
bersalaman dengan Sara."Hati-hati ibu ayah! Apa-apa chat je adik."
Maka, tinggal lah Sara berseorangan. Lepas Asar nanti kawan-kawannya baru datang.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Ficção AdolescenteSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...