LUQMAN dan Fawwaz tidak sabar ingin menyampaikan berita tentang kandungan Fawwaz yang sudah mencecah empat bulan.
"Perlahan-lahan lah bawa kereta tu, awak memang tak sayang anak kita ke?" marah Fawwaz Nurin. Geram pula dia, bawa kereta tak rilek la encik suami ni pun.
Luqman tersengih seraya berkata,
"Maaflah sayang, abang tak sabar."
"Banyak lah tak sabar awak tu, kita ni kena bawa secara sopan. Nanti kena tahan dek polis baru tahu." kata Fawwaz Nurin.
"Mak aii, garang betul mak buyung ni." balas Luqman. Ada yang menempah ke macam mana ni?
"Abang kan... Kalau sayang cubit, jangan tanya kenapa." Fawwaz menahan geram. Sabar je lah dapat laki yang kaki usik ni.
"Jangan lah marah-marah sayang, nanti baby ikut perangai umi dia." pujuk Luqman.
"Malas lah nak cakap dengan abang ni." rajuk Fawwaz Nurin.
Kemudian, mereka sudah tiba di kediaman Encik Latiff dan Puan Syafina. Saja nak buat kejutan buat mereka.
"Assalamualaikum!" laung Luqman.
Sara berjalan ke arah pintu, setahunya ibu tidak memberiahu bahawa ada orang ingin datang. Pelik juga, siapa yang datang ke rumah mereka ini?
"Waalaikumussalam, lah abang ke? Adik ingat siapalah tadi. Ibu tak cakap pula yang korang nak datang." balas Sara sambil memberi laluan untuk mereka masuk.
"Asalnya Kak Fawwaz memang nak bagitahu, tapi tu la abang kata biar rahsia. Akak pun diam je lah." jawab Fawwaz.
Luqman? Dia sudah tersengih, kejap lagi kena bebel lah tu dengan Puan Syafina.
"Siapa yang datang tu dik?" tegur Puan Syafina.
"Abang dengan Kak Fawwaz lah, kononnya nak buat surprise." Sara menjeling ke arah Luqman, Luqman pula buat tidak tahu.
"Lah bertuah punya anak! Kenapa tak cakap nak datang, kalau tidak sempat lah ibu masak sikit. Suka betul lah buat macam ni dekat ibu." kata Puan Syafina.
"Bukan salah Nurin, Luqman punya idea." Fawwaz sudah mengelakkan diri, biar sahaja Luqman yang kena marah.
Padan muka, biar dia kena marah dengan ibu. Harap anaknya nanti tidak mengikuti jejak ayahnya nanti. Mahu kena heart attack dibuatnya.
"Apa yang bising tu?" tegur Encik Latiff pula, tadi dia sedang membaca surat khabar di balkoni. Dia dengar suara kecoh, pantas sahaja dia menerpa ke ruang tamu.
"Anak bertuah awak lah, datang tak bagitahu." kata Puan Syafina.
Encik Latiff mampu menggeleng kepala. Bertuah punya anak.
"Adik, pergi buat air. Kemudian, panggil Syirah turun." arah Puan Syafina.
"Baik ibu."
Sara menuju ke dapur, dia mengambil jug. Lalu uncang kopi O diambil. Setelah itu dia memanggil Safa untuk turun ke bawah.
"Kakak! Turun bawah, abang dengan Kak Fawwaz datang ni." laung Sara dari bawah.
Sara membawa dulang ke ruang tamu, di dulang itu terdapat biskut untuk cicah bersama air kopi.
Kemudian, Safa pun tiba. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Encik Latiff, manakala Sara duduk di sebelah ibunya.
"Kami datang ke sini ada hajat sebenarnya. Selain datang melawat, kami pun ada berita yang gembira juga." beritahu Luqman.
"Apa dia? Macam serius je ayah dengar." kata Encik Latiff.
"Sebenarnya..."
"Ya, sebenarnya?" Encik Latiff dan Puan Syafina setia menanti sambungan dari Luqman.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Ficção AdolescenteSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
