MCH|28

2.9K 228 41
                                        

Day I at Hulu Langat

SEAWAL 5 pagi mereka semua telah bangun. Aktiviti hari ini diteruskan dengan acara jungle tracking dan walk cross the river.

Pada pagi ini mereka akan solat subuh secara berjemaah yang diimamkan oleh Firhan.

Pada mulanya Firhan agak terkejut kerana namanya bakal menjadi imam solat subuh dan isyak, namun apakan daya... dia perlu akur dengan arahan cikgu.

Untuk solat zohor, asar dan maghrib akan diketuai oleh Iqmal. Adam pula diarahkan untuk membaca bacaan doa sahaja.

Fakta umum, mana-mana acara memang muka Adam sahaja yang akan membaca doa. Entah mengapa tapi majoriti guru gemar dengan gaya Adam ketika beliau membacakan doa.

Mungkin kerana suara dan intonasi yang sesuai serta sebutan yang jelas membuatkan ramai guru gemar dengan beliau.

"Mana-mana yang dah bangun tu, boleh terus bergegas ke bilik mandi. Tak perlu tunggu kawan. Subuh sini jam 05:51 pagi, jadi cikgu tak nak awak membuang masa." ujar Cikgu Khatijah.

Sara yang masih mamai itu terus mencari tuala mandinya. Tidak dilupakan juga peralatan mandinya.

Manakala, Firhan sudah pun siap mandi dan mengambil
air wudhuk. Jadi imam kan, mesti lah kena awal.

Semasa Sara lalu di sebelah Firhan, Firhan memercikkan air ke wajahnya.

Sara yang mamai itu terus jadi bengang.

"Woi, apahal?" tanya Sara.

Auto segar muka member lepas kena percik dengan air.

"Aku nampak kau macam mamai sangat je, tu yang aku percik kan air. Ha tak sangka kau segar." balasnya selamba.

Balasan daripada Firhan membuatkan dirinya ingin sahaja mengetuk Firhan. Sedaya upaya dia menahan sabar supaya tidak mencederakan imam kesayangan semua orang ini.

Termasuk lah dirinya. Ehek.

"Nasib baik sikit je kau percik. Kalau banyak, memang masak kau aku kerjakan." tukas Sara bersama geramnya.

"Pagi-pagi emo, period ke?" soalnya selamba.

"Otak kau, aku emo sebab kau lah gila!" marah Sara.

Orang yang lalu-lalang di sebelah mereka hanya mampu geleng kepala. Biasa sangat dah tengok ketua pengawas gaduh dengan anak pengetua ni.

"Sudah la adik-adik. Sara Ilyana, pergi mandi. Firhan Haziq, jangan sampai wudhuk awak batal ye! Nak gaduh bukan masa yang sesuai lah sekarang ni." datang lah Maisarah sebagai penyejuk keadaan.

Kalau tidak, habis azan subuh pun belum tentu dah settle gaduh. Payah kalau Firhan dengan Sara ni buka gelanggang lawan mulut.

Masing-masing memandang sesama sendiri dengan pandangan 'kau tunggu lah nasib kau nanti'

"Tak payah nak jengil-jengil mata sangat. Dah, pergi sekarang!" seperti mak orang, itulah keadaan Maisarah sekarang ini.

Maka mereka berdua pun beredar. Sempat lagi menjeling sesama sendiri.

Nampak sangat tak puas hati tu. Boleh tahan juga eh gaduh pagi-pagi buta ni?

Maisarah hanya mampu geleng kepala. Dia sudah muak dan lali dengan perangai dua manusia ini. Pantang berjumpa, mesti lawan mulut.

Kalau tak bingit telinga takpe lah juga, ini bingit... Mau bikin stress hari-hari.

"Engkorang memang kan suka buat darah aku tinggi. Aku sekeh juga nanti sia-sia je lah." bebel Maisarah.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang