"OKAY... apa perancangan kita hari ini?" tanya Amna sebaik sahaja tiba di Taman Botani.
"Hmmm... Release tension?" duga Maisarah.
"Bingo! Pandai pun teka hehe." kata Sara.
"Nak release tension mende? Kita dekat taman... Boleh buat apa je?" tanya Adam, bosan.
"Ishhh, apa cakap macam tu. At least kat taman ni banyak benda bermanfaat kita boleh lakukan bersama-sama." Amna memandang Adam dengan pandangan tidak menyenangkan. Ada juga yang kena humban dalam tasik ni.
"Aku tak bermaksudkan kita duduk melenggok kat sini, tenung taman dengan tasik ni sampai muntah..." Sara jeda sebelum menyambung ayatnya.
"Aku maksudkan kita buat some activities at here. Look, aku ada bawa beberapa barang yang kita boleh gunakan untuk kosongkan fikiran kita sebelum exam ni." Sara menunjukkan beg plastik yang terdapat di sebelahnya.
Segera dia membuka ikatan beg plastik tersebut, terdapat lah watercolor bersama berus untuk catin batik. Selain itu, ada juga kad permainan UNO, Happy Family at Home dan Batu Seremban. Sungguh nostalgia permainan yang di bawa oleh Sara ini.
"Itu je?" tanya Iqmal, kepastian.
Sara angguk. "Ya, ini sahaja. Aku bawa banyak-banyak pun kau orang bosan nanti."
"Jangankan bosan nanti, sekarang pun aku dah bosan tengok." ujar Hadi dengan muka bosannya.
"Alah, kita stay sampai petang sikit lah... Tak silap aku, petang ada slot untuk sewa basikal. Sejam dalam RM10, so kita main la sampai puas."
"Okay lah, kalau boleh release tension." Adam mengalah, kalau dia bantah pun... Dia sendiri takde idea nak buat apa untuk menenangkan fikiran.
"Mana kau dapat idea semua ni, Sara?" tanya Firhan.
"Hehe! Mesti lah aku belajar dari aplikasi Tiktok dan Pinterest!" balas Sara dengan bangganya.
"Bagus, bagus. Aku sangat suka idea ni. Dah lama kita tak main permainan tradisional macam ni." sokong Maisarah.
"So kita nak main apa?" tanya Amna.
"Nak main secara ramai-ramai atau berpasangan?" tanya Sara pula.
"Kalau berpasangan, kesian Hadi seorang diri." jawab Adam sambil memandang Hadi yang sememangnya tengah bosan itu.
"Okay, kita main kad UNO." Sara mengambil kad UNO di dalam beg plastik.
"So sekarang kita tentukan giliran. Nak buat osom ke nak ikut arah lawan jam ke macam mana?" Sara bertanya lagi sementara dia cong kad itu.
"Arah lawan jam!" kata Amna.
"Osom!" kata Adam.
"Arah lawan jam!" Amna melawan permintaan Adam. Dia tekad, dia nak arah lawan jam.
"Osom!" balas Adam tak mahu kalah dengan permintaan Amna.
"Aku kata arah lawan jam, arah lawan jam lah." ujar Amna dengan geram.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...