nota ; terasa baik hati nak bagi special chapter. apa-apa pun tekan vote!
————————————
"Assalamulaikum..." ujar Sara sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam... Macam mana dengan kerja hari ini?" tanya Encik Latiff.
"Hari ini, extra penat sikit. Sebab ada duit short... Kena pula turn adik yang in charge, habis staf lain menyalahkan adik sebab salah guna duit." cerita Sara.
"Allahuakbar. Dah tu macam mana?" Encik Latiff memandang anaknya itu.
"Adik dah dapat tangkap pesalahnya... Pandai buat cerita konon adik yang buat." balas Sara lalu tersenyum.
Silap orang nak kenakan dia. Dia ni Sara Ilyana, anak pengetua yang paling berjaya mencari pesalah.
"Ouh, bagus. Alhamdulilah... Tidak lah kamu kena bazir duit bayar benda bukan salah kamu." lega hati sang bapa.
"Adik dah meletup juga tadi. Geram dibuatnya." Sara mengomel lagi sambil tangannya mengambil kuih karipap yang terhidang.
"Makan lah dulu, dik. Kejap lagi... Abang dengan Kak Syirah datang." kata Encik Latiff.
"Eh, nak datang?" tanya Sara semula.
Encik Latiff angguk.
"Ya, mereka dalam perjalanan sekarang... Rindu dengan adik. Katanya, banyak perkara nak bercerita."
"Ya Allah! Adik tak mandi lagi." ujar Sara dengan gelabah.
"Pergi lah mandi cepat." gesa Encik Latiff.
"Ibu! Ibu! Ibu!" jerit Sara memanggil Puan Syafina.
"Ya, ada apa?" kelam kabut Puan Syafina menuju ke ruang tamu.
"Betul ke abang dengan kakak nak datang?" tanyanya.
Risau kalau Encik Latiff scam dia.
"Ishhh budak ni! Betul lah, ibu tak main-main." balas Puan Syafina sambil menjengil mata.
Sara berasa hairan, ada apa ya? Jarang-jarang sekali mereka semua ingin datang kecuali tiada perkara yang penting.
"Tapi... Adik baru balik!" Sara masih lagi dengan keadaan gelabahnya.
"Takpe, tak yah tukar baju pun. Sempat lagi, nanti tunggu ibu panggil. Pergi lah masuk bilik." halau Puan Syafina.
Makin bertambah kedutan di dahi Sara. Apa yang telah terjadi?
"Ha, takpe... Naik je bilik dulu." kata Encik Latiff.
Di dalam hatinya, sudah menahan gelak. Demi membuat kejutan hari jadi anak kesayangan... Dia memandang wajah Sara yang jelas bingung itu.
Sebaik sahaja Sara berlalu pergi, Encik Latiff menuju ke Puan Syafina yang masih lagi leka memasak.
"Abang..." tegur Puan Syafina.
"Takpe, abang rasa dia lupa hari ini. Dia lupa hari bermakna buat dirinya." jawab Encik Latiff.
"Masalahnya, dia nampak gelabah sangat. Dia tak tahu ke semua orang excited nak sambut hari jadi dia." Puan Syafina menutup api dapur.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Ficção AdolescenteSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...