"PARA pelajar diminta ambik Yaasin di hadapan, kita akan mulakan bacaan Yaasin sebentar sahaja lagi. Bacaan Yaasin kali ini diketuai oleh Ustaz Hamdan dan beberapa orang pengawas. Diharap semua pelajar boleh memberi kerjasama." kata pengawas bertugas, Idlan.
"Tanpa melengahkan masa, kita mempersilakan Ustaz Hamdan dan beberapa orang pengawas untuk memulakan bacaan Yaasin kita pada hari ini." Ustaz Hamdan tampil ke pentas diikuti oleh beberapa pengawas lain.
"Baiklah, kita mulakan bacaan kita dengan umul kitab Al-Fatihah." ujar Ustaz Hamdan.
Maka, bacaan Yaasin sudah pun bermula apabila lafaz surah Al-Fatihah dibaca.
"Jangan lupa buka air ya? Untuk mendapat keberkatan ketika membaca Yaasin." kata Ustaz Hamdan.
"Jom sama-sama mulakan bacaan Yaasin."
Alunan bacaan telah pun didengari oleh para pelajar tingkatan 5. Mereka berasingan dengan pelajar lain kerana pelajar tingkatan 5 diberikan penekanan untuk membaca sepanjang minggu.
Untuk tingkatan 5, mereka akan membaca Yaasin di surau manakala budak tingkatan 1 hingga tingkatan 4 akan baca di dewan perhimpunan.
10:15 a.m.
Kini merupakan rehat tingkatan 5. Kelihatan agak sesak kantin pada hari ini kerana pengawas semua duduk bersama. Mereka tidak bertugas.
"Weh, minggu depan SPM do!" kata Hadi dengan gusar.
"Ya Allah.... Ye, kejap betul masa berlalu." sokong Amna.
Sekarang merupakan rehat tingkatan 5, pengawas sudah di beri kelonggaran untuk tidak menjalankan tugas. Atau kata lainnya, tugasan mereka telah pun habis.
"Aku berdebar ni, macam mana kalau tak dapat menyakinkan diri untuk dapat A?" tanya Adam pula.
"Kita boleh buat revision group bersama-sama!" cadang Amna sebaik sahaja lama dia berfikir.
"Sempat ke kita ni? Dah dikira study last minute."
"Kita boleh mula hari ini. Ada masa ni jangan pernah fikir sempat ke tak sempat." jawab Amna.
"Tapi kita nak revision subjek apa je?" soal Hadi.
"Mana yang kita rasa kita boleh score, kita mulakan dulu. Since next week, paper pertama kita ialah paper sejarah." kata Sara sambil melihat jadual peperiksaan di dalam telefonnya.
"Ui, mana boleh bawa telefon." tegur Maisarah.
"Boleh, sebab aku anak pengetua." balas Sara bangga.
"Ni kalau Mikayla nampak... Mampus kau." kata Maisarah.
"Lantak dia lah, entah bila nak seriknya tu tak tahu lah aku." Sara menyimpan semula telefonnya di dalam poket seluar.
"Dia kan memang macam tu... Takde keinsafan diri." sokong Amna.
"Kau orang tak nak makan ke?" tanya Adam sebaik sahaja melihat mereka bertiga ini ralit bersembang.
Amna menggeleng, diikuti oleh Maisarah dan juga Sara.
"Alooo, baru nak ajak makan sekali." cebik Adam.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...