CUTI penggal pertama akan tiba tak lama lagi. Sara dan rakan-rakannya sedang berborak sambil berkongsi cerita tentang apa yang akan mereka lakukan pada cuti nanti.
"Ha cuti ni pergi mana je?" Maisarah terlebih dahulu membuka topik.
"Aku balik kampung... Dekat negeri sembilan je." balas Sara.
"Kampung siapa?" tanya Amna pula.
"Ibu."
"Kau pula macam mana?" soal Sara pula.
"Aku duduk rumah je... Parents busy kerja, nak harapkan adik-beradik aku ni anak tunggal je." jawab Maisarah.
"Mama Chik tak bagitahu ke yang nanti kita ada buat makan-makan?" celah Hadi.
Maisarah pantas geleng. "Takde pula dia bagitahu. Macam mana kau tahu."
"Umi Ngah cakap dekat mak aku semalam."
"Korang berdua ni sepupu ke?" tanya Sara.
Hadi angguk. "Kami sepupu sebelah mak, kiranya aku ni anak Ibu Long, Maisarah anak Mama Chik." jelas Hadi. Sara membuat mulut berbentuk O.
"Bila lah tu?" Maisarah pun tak ingat sama ada mak dia ada bagitahu ke tidak.
"Tu aku tak pasti, mak aku kata tunggu semua dah cuti. Mungkin weekend nanti. Apa-apa Umi Ngah update balik." balas Hadi.
"Kau pula macam mana Amna?" kini semua tertumpu pada Amna.
"Aku pun duduk je lah rumah... Cuti kejap je kan. Mak ayah aku mesti busy kerja."
"Ya lah kan lagi pun baru cuti penggal pertama... Tak semua parents diluluskan untuk cuti. Mostly kerja."
"Korang yang takde apa-apa ni, meh la datang rumah aku." ajak Sara tiba-tiba.
"Bukan kau kata kau nak balik kampung ke?" soal Hadi semula.
"Balik tu memang balik, tapi hari Khamis baru gerak. So adalah tiga hari duduk rumah."
"Boleh juga kalau begitu, aku boleh berkenalan dengan mak kau."
Sara angguk. "Iya, nanti apa-apa aku update."
Kemudian mereka mula mengemas barang untuk pulang ke rumah.
Cuti...
Sepanjang perjalanan dari kelas menuju ke luar pagar, banyak perkara yang dibualkan.
"Aku tak expect pun yang kau dengan Hadi tu sepupu." Sara masih lagi tidak percaya.
Like seriously?
No wonder la muka Maisarah dengan Hadi ada iras-iras.
"Ramai orang tak percaya sebab kami ni boleh dikatakan kembar juga lah. Even kalau berkumpul ramai-ramai, mesti akan ada yang ingat aku ni kembar Najwan." jelas Maisarah.
"Dulu masa aku mula rapat dengan Maisarah pun, aku tak percaya. Sebabnya kan jaranglah jumpa sepupu satu sekolah. Kalau satu sekolah pun mesti act like stranger." tutur Amna pula.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
أدب المراهقينSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...