MCH|04

4.5K 337 5
                                    

SEBAIK sahaja keluar dari kawasan sekolah, Sara terus menuju ke kereta emaknya. Nasib baik lah Puan Syafina parking kereta dekat kawasan yang mudah nampak.

Kalau tidak, jenuh nak kena cari. Sudah lah panas terik ni.

"Ibu!" jerit Sara sebaik sahaja membuka pintu kereta.

"Masuk kereta cepat, panas ni." gesa Puan Syafina.

"Ya, sabar kejap." Sara membetulkan kedudukannya.

"Kamu nak pergi mana-mana ke?" tanya Puan Syafina.

Sara geleng kepala laju. "Petang nanti nak keluar pergi mamak dengan kawan adik. Dah janji."

"Oh, pandai eh lepak mamak sekarang." tegur Safa.

"Lah kakak ni, terkejut kita. Bila masa ada?" Sara memaling wajahnya ke belakang.

"Lama dah ada, kau tu je masuk kereta tak hirau dekat orang belakang."

"Kakak...."

Puan Syafina menggeleng kepala. Safa ni, kalau tak jadi batu api tak sah lah.

Safa yang mendengar suara emaknya itu, terus menutup mulut. Dia tahu emaknya tidak suka melihat mereka bergaduh.

Tu lah siapa suruh gap jauh sangat. Kan dah macam langit dengan bumi.

"Jom lah balik." ajak Sara.

Masing-masing senyap. Mungkin tidak tahu ingin berborak pasal apa.

Lagi pun, dia dengan kakaknya mana pernah sebulu. Ada sahaja benda nak gaduh.

Kadang tu, sampai penat Puan Syafina ingin layan. Naik pening kepalanya memikirkan pasal mereka berdua ni.

"Macam mana dengan sekolah baru?" tanya Safa.

"So far, so good. Biasa-biasa je lah rasanya." jawab Sara bersahaja.

"How about your friends? Mereka okay ke dengan kamu?" giliran Puan Syafina pula menyoal.

"Okay... Mereka la yang mencadangkan nama adik supaya menjadi penolong tingkatan kelas." kata Sara.

"Patut lah, anyway good for you. Kalau ada apa-apa masalah just inform je lah dekat ayah." pesan Safa.

Sara angguk. "Chill kak, jangan risau. Adik reti jaga diri lah." jawabnya sambil memandang ke arah luar.

"Termenung tu... rindu dekat Han ke?" tebak Puan Syafina.

"Hmmm, tipu lah kalau kata tak rindu..."

"Adik sabar lah banyak-banyak. Lambat atau cepat korang akan bertemu semula." Safa memberi kata semangat kepada Sara.

"Kita singgah kedai kejap. Ibu nak beli barang sikit."

Mereka angguk.

Setelah sahaja pulang dari kedai runcit, Sara terus membersihkan dirinya. Menurut Amna, mereka akan keluar pada pukul 14:30. Sekarang dah pukul 14:10.

"Taknak duduk makan dulu ke?" tanya Safa.

"Ibu tengah masak kan tu?" tanya Sara semula.

"Memang lah ibu tengah masak, tapi sarapan pagi tadi ada lagi. Adik nak ke tidak?"

Sara terus menggeleng. "Nanti balik dari lepak lah, adik makan. Sekarang ni... nak kejar masa. Bye!"

"Hati-hati!" laung Puan Syafina.

Begitu lah Sara Ilyana, kalau dah tergesa-gesa semua jadi kalut.

Mamak

"Korang nak makan apa?" tanya Amna sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now