DAY II
Mereka berlapan berjalan di dalam KB Mall.
"Weh, sini takde tempat yang meriah ke nak window shopping?" tanya Adam.
"Bukan kita memang dalam tempat yang boleh window shopping ke, Adam?" balas Firhan sambil memandang wajah Adam.
"Maksud aku, macam food festival ke?" jelas Adam.
"Ada tu ada, dekat Wakaf Che Yeh." jawab Iqmal sambil menekan button unlock kereta.
"Boleh singgah situ?" pinta Hadi.
Iqmal angguk.
"Jom, aku bawa ke sana."
Mereka menuju ke kereta untuk menuju ke tempat yang dipinta oleh Hadi sebentar tadi.
Nasib baik Paksu tolong sewakan kereta Hyundai Starex untuk mereka. Kereta yang besar dan mempunyai seater yang banyak.
Memandangkan sekarang sudah waktu petang, jadi mereka membuat keputusan untuk membeli kudapan di food festival Wakaf Che Yeh.
Setibanya di sana, kelihatan banyak mata-mata yang memandang sambil membuat cat calling.
"Tenang kawan-kawan, biasalah kat Kelantan ni. Macam tak tahu pula sini banyak nya buaya yang terlahir." kata Iqmal selamba.
"Tapi kau tak buaya kan?" tanya Maisarah.
"Gila aku nak buaya, buat nya kena reject dengan kau." ujarnya.
"Huh! Tak mau." Maisarah menjeling Iqmal.
"Jom lah kita beli makanan, sini makanan boleh tahan sedap juga." ajak Iqmal.
Biasalah, ada hari tertentu memang ramai pengunjung lagi-lagi yang bukan asal daripada sini serta pelancong luar.
"Rezeki kita kali ini... Banyak juga orang yang menjual dekat food festival ni."
Mereka jadi rambang mata kerana aroma makanan yang menusuk serta banyak pilihan air. Tidak dilupakan juga, dessert yang sedap.
"Jom kita beli makanan!" ajak Hadi dengan penuh semangatnya.
Mereka singgah di bermacam-macam kedai. Ada kedai menjual makanan masakan Thailand, ada juga yang menjual dessert yang viral seperti crepe, kek tapak kuda dan sebagainya.
Kedai pertama yang menjadi pilihan mereka ialah Kieda Crepe. Melihat sahaja makanan yang ada disitu membuatkan mereka rambang mata.
"Jom shopping dekat sini." ajak Sara.
"Let's go!"
Maka, bermula lah sesi mengempiskan dompet. Terlalu rambang mata dengan makanan yang ada!
17:00 p.m.
Pantai Cahaya Bulan, Kota BharuDestinasi terakhir mereka sebelum pulang ke rumah Mek Timah. Ya, pantai. Semua manusia di bumi ini menyukai pantai.
Angin sempoi-sempoi bahasa yang membuatkan pelacong rasa nyaman disitu. Cuaca yang sangat sempurna untuk berkelah.
"Cantik juga eh pantai kat sini!" Maisarah berlari dengan riang ria, dah macam budak tadika jumpa mainan. Eh?
"Kau tengok la tu, member siapalah tu. Excited mengalahkan budak tadika." Amna menggeleng kepala, susah betul dapat kawan yang jakun.
Adam membentang tikar, Iqmal pula membeli layang-layang. Cuaca tengah baik ni, baik lah main layang-layang.
Firhan pula hanya duduk di atas tikar sambil menikmati pemandangan pantai.
Maisarah sudah berlari ke arah pantai, dia merendamkan kaki disitu. Sara pun membuat perkara yang sama.

YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Novela JuvenilSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...