MCH|06

4.5K 322 0
                                        

APABILA tiba di rooftop, Firhan terus melepaskan lengan baju Sara. Hehe, lupa pula bawa anak dara orang.

Sara diam. Secara tiba-tiba dia jadi awkward. Sudah lah jarang sekali dia bercakap dengan lelaki.

Nak-nak pula dengan lelaki yang dia suka, lagi lah.

Eh?

"Hmmm, memang taknak bercakap ke?" soal Firhan sambil memandang ke arah pemandangan dari rooftop.

Sara menggeleng. "A-aku, awkward..." jawabnya perlahan dan sedikit gagap.

Firhan angguk. Lalu mereka pun senyap buat seketika waktu.

Takkan nak ajak orang bersembang pula kan? Dah orang tu rasa awkward...

"Kau tak bertugas ke?"

Akhirnya Sara berani bertanya untuk memecahkan suasana senyap.

"Nanti-nanti je lah, aku malas. Auto takde mood je dengan Mikayla tu." balas Firhan.

"Aaa, faham." Sara duduk diatas kerusi yang terdapat disitu. Penat juga asyik berdiri sahaja. Lenguh kaki juga nanti.

"Assalamualaikum!" sapa Adam.

"Waalaikumussalam, macam mana kau tahu kami dekat sini?" tanya Firhan.

"Aku tanya classmate kita lah." Adam menghulurkan roti gardenia perisa chocolate kepada Firhan. Sebenarnya dia tak tahu nak beli apa kepada Firhan, jadi beli sahaja lah roti gardenia.

"Aku ingatkan kau pergi bertugas." tutur Iqmal pula sambil menyua roti ke dalam mulutnya.

"Tak jadi aku. Malas."

"Ye lah kan, siapa je ada mood nak bertugas? Spoiled macam tu je."

Sudah menjadi rutin mereka bertiga lepak di rooftop kalau tiada mood ingin bertugas ataupun tidak bertugas. Cikgu pun penat nak tegur, asalkan mereka tak buat masalah displin pun kira okay dah.

"Aku turun dulu eh..." pamit Sara. Makin rasa tak selesa apabila ramai jejaka.

Sah-sah la rasa tak selesa, dia seorang je perempuan dekat atas situ. Amna dengan Maisarah mesti dekat kelas. Diorang berdua mana rajin nak pergi rooftop ni.

Firhan angguk. Lalu bayangan Sara pun hilang dari pandangan mereka.

Iqmal memandang Firhan dengan wajah pelik. Lantas dia terus menyoal kepada Iqmal.

"Asal kau?" Firhan memandang Iqmal dengan wajah menjengkelkan.

"Tak pernah-pernah aku nampak kau bawa perempuan naik sini. Selalunya mesti kena larang." ujar Iqmal.

"Hmmm, takkan aku nak biarkan dia bergaduh mulut dengan Mikayla tu? Bukannya kita tak tahu Mikayla tu macam mana orangnya." jawab Firhan sambil berpeluk tubuh.

"Betul juga kan. Tapi aku tengok gaya korang berdua ni macam dah lama kenal je?" tebak Adam pula.

"Eh tak, aku dengan dia tadi pun tak bercakap. Dia kata dia awkward dengan aku." Firhan menafikan perkara tersebut.

Sebenarnya dia pun tengah keliru juga. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Adam. Mungkin tidak.

"Aku sokong apa yang Adam kata tu. Tapi tak mengapa lah, mungkin pendapat Adam je." tutur Iqmal pula.

"Jom lah turun, rehat dah habis."

Lalu mereka bertiga pun turun dan menuju ke kelas semula. What a day!

*****

Penat! Itu sahaja yang mampu diucapkan. Mana tak penat, koko waktu matahari tengah terik atas kepala.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang