SETIBANYA Firhan di rumah, dia terus membersihkan diri. Sungguh dia tidak jangka bahawa dirinya akan membawa perempuan untuk pergi ke tempat rahsia itu. Selalunya hanya Adam, Iqmal dan Hadi sahaja yang mengetahui tentang tempat rahsia itu.
"Huh, kau buang tabiat ke Firhan Haziq?" ujarnya sendirian.
Cepat-cepat dia menggeleng kepala. Tak nak dia mengingati kisah yang tak seberapa itu.
Yeke tak seberapa itu? Padahal suka. Hek eleh.
"Bang chik." panggil Farrah.
Lantas Firhan terus berpaling ke arah adiknya sambil kening sedikit terangkat.
"Apa?"
"Mummy tanya, abang kenapa tiba-tiba balik tadi macam malu je?" soal Farrah.
"M-mana ada malu." nafi Firhan, perlahan.
"Ye lah tu, abang bukannya reti cover pun kalau malu." kutuk Farrah selamba.
Firhan mencebik. Budak ni... kecik besar, kecik besar je dia tengok.
"Eh, betul. Betul lah, awak tu yang tiber sangat." balasnya.
"Hmmm, apa-apa je lah. Nanti masa dinner jangan tak turun pula." pesan Farrah sebelum menapak pergi dari bilik Firhan.
"Pintu tu lain kali tutup!" jerit Firhan.
Sakit hati pula pintu asyik tidak bertutup je. Siapa punya adik lah ni?
Seketika kemudian, Firhan kembali termenung. Kepalanya tengah memikirkan sesuatu perkara.
Perkara apa pun tak tahu lah, apalah yang musykil sangat di fikiran itu?
Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Siapa pula call dia pada malam ini?
Adam Beruk 📢 is incoming call...
Tanpa melengahkan masa, Firhan terus menjawab panggilan daripada rakannya itu. Dengan takde salamnya dia bertanya,
"Nak apa?"
"Kau memang tak reti reply chat ke macam mana?" perli Adam.
"Korang ada benda urgent ke sampai kena telefon aku..." balas Firhan, malas.
"Sebab ada la gila, aku telefon. Kalau tidak takdenya aku telefon kau. Dasar anak babun!" bebel Adam.
"Buka whatsapp suruh reply chat pun malas. Macam mana boleh jadi ketua pengawas. Apoo." sambungnya lagi.
"Hak alah, bebel pula kau dekat aku." kata Firhan sambil menjeling. Kononnya Adam ada dihadapannya.
"Bebel la sengal, susah betul dapat kawan busy macam perdana menteri ni. Payah betul hidup. Payah." balas Adam dengan nada geram.
"Ye lah, nanti aku buka whatsapp." balas Firhan. Tidak mahu dia mendengar ceramah percuma tanpa bayaran dari Adam itu.
"Jangan tak buka pula, kau tak buka memang esok aku sunat kau lagi sekali."
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...