SEAWAL 08:00 PAGI, mereka sudah pun berada di tempat menunggu. Para wanita akan menaiki bersama Cikgu Tulin manakala para lelaki akan bersama Cikgu Arman dan Tuan Pengetua.
"Amna, Maisarah, Sara dan Mikayla satu kereta dengan saya." arah Cikgu Tulin.
"Hadi, Firhan, Iqmal dan Adam akan satu kereta dengan saya dan tuan pengetua." arah Cikgu Arman.
Maka mereka berpecah mengikut kenderaan masing-masing. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Universiti Malaya.
Sepanjang perjalanan, Sara, Amna dan juga Maisarah membuat hal sendiri. Mikayla? Dia sudah awal-awal lagi melelapkan matanya.
"Jadi, kamu bertiga dah sedia untuk program ni?" bicara Cikgu Tulin sekadar tanya.
"Saya sedia je cikgu... Jangan dia bagi cabaran yang pelik-pelik sudah lah. Memang tak nak dah saya masuk." jawab Amna laju.
"Macam mana kau nak masuk lagi? SPM tu nak dekat dah, cik kak oi!" tegur Sara.
"Eh, lupa lah." sengih Amna.
"Saya pun okay je cikgu... Sebab ni first experience lah saya join program macam ni." jawab Maisarah pula.
"Kamu pula, bagaimana Sara?"
"Ha, saya? Saya macam gini je lah... Insya-Allah aktiviti menarik yang mereka anjurkan." balas Sara.
"Tapi cikgu rasa aktiviti dia tak membosankan dan tak menyeronokkan sangat... Pada cikgu biasa je aktiviti tu, tak tahu lah kalau kamu berempat macam mana." ujar Cikgu Tulin sekadar memberi pandangan.
"Takpe, yang penting rileks and enjoy je. Baru lah ada rasa seronok sikit." kata Amna.
"Betul lah tu, lagi pun ni lah masa yang terbaik untuk spend time bersama. Nanti lepas habis SPM, semua bawa haluan sendiri. Kan?" sokong Cikgu Tulin.
Seketika kemudian, mereka kembali menyepi. Masing-masing leka dengan telefon sendiri.
"Weh Sara, wedding abang kau bila?" tanya Amna.
"Tak silap aku lagi beberapa minggu je ni." jawab Sara tidak
pasti.
"Abang kamu nak berkahwin ke, Sara?" tanya Cikgu Tulin.
Sara angguk.
"Ya, dia bakal kahwin dalam masa terdekat ni tapi tu lah saya tak ingat bila tarikh dia." balas Sara.
"Lepas ni merasa lah awak ada anak buah. Best tau ada anak buah, rasa seronok walaupun tahta sebagai anak bongsu dirampas." seloroh Cikgu Tulin.
"Maksu ni macam perli Dina je." ujar Mikayla.
"Aik?"
"Maksu tak perli pun, kamu yang terasa hati dengan ayat maksu. Apa lah." nafi Cikgu Tulin.
"Ye, maksu perli lah tu. Eleh, cakap je lah yang maksu dengki sebab semua attention dapat dekat Dina." balas Mikayla semula.
"Dah dapat attention pun, still nak cari pasal dengan orang." sinis Amna berbicara.
"Amna..." tegur Maisarah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Ficção AdolescenteSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
