SARA mundar-mandir sendirian. Macam mana dia nak cakap dengan ibu bapanya? Ah, dah habis SPM pun masih takut untuk meminta izin.
"Ibu." panggil Sara. Dia menarik nafas sebelum meneruskan hajatnya.
"Ye adik, kenapa?" Puan Syafina terus memandang wajah Sara.
"Nak minta izin ni... Minggu depan adik dengan kawan-kawan nak pergi bercuti dekat Kelantan." kata Sara.
Mengharapkan Puan Syafina akan mengizinkan.
"Berapa lama nak pergi? Pergi dengan siapa? Naik apa? Ramai kawan lelaki ke perempuan? Ibu kenal ke kawan adik tu?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Puan Syafina. Macam kena tembak pulak.
Sara sudah menggeleng, parah betul dapat ibu yang sejenis overprotective.
"Adik pergi dengan geng adik. Ada lapan orang... Ada Firhan dengan adiknya, Adam, adik, Iqmal, Maisarah dan juga Hadi." jelas Sara.
Puan Syafina angguk. "Kamu pergi berapa hari?"
"Seminggu."
"Baiklah kalau macam tu, ibu izinkan." Sara tersenyum kerana mendapat greenlight daripada Puan Syafina.
"But make sure... Jaga perangai dan tingkah laku, jangan nak menggedik sangat eh!" pesan Puan Syafina.
Sara angguk. "Aip aip captain!" sekali dengan package tabik.
"Suka lah kau ye dapat keluar dengan kawan-kawan." Sara menjeling empunya suara itu.
Siapa lagi kalau bukan Safa Insyirah, the only one sister.
"Bila lagi? Nanti dah masuk tempat belajar, susah nak jumpa." balas Sara.
"Biarlah dia, Syirah. Ada je lah kamu ni." tegur Puan Syafina.
"Nanti dah kahwin boleh lah menggedik, mengada, keluar sana-sini dengan tok laki." sambung Puan Syafina.
Sara terkejut. "Oh my God! Finally ada jugak orang nak buat menantu dengan kau." balasnya.
"Nasib aku ni ada juga yang nak terima, kalau tak... Andartu jela aku." ujar Safa malas.
"Adik jaga sikit mulut tu.. Dah sampai masanya pun kakak kamu tu kahwin. Kalau takde orang nak dekat dia sekalipun, ibu tetap akan carikan calon untuk dia." kini giliran Sara pula di tegur oleh Puan Syafina.
Safa tu dah boleh pegang title andartu dah. Mana taknya, tiga tahun lagi umurnya genap 30. Nasib lah bakal suami dia beza setahun.
"Okay, maafkan adik ibu." Sara segera memohon maaf.
"Kamu punya persiapan dah sampai mana?" tanya Puan Syafina.
"Baru nak pergi tengok baju wedding. Kakak tak tahu sebab mak Syed yang uruskan." balas Safa.
"Yang lain semua dah lengkap ke?"
Safa pantas angguk. Puan Syafina terasa sedih, anak-anaknya semua sudah besar. Dah jadi ayah dan emak kepada keluarga masing-masing. Nampaknya lepas ni tinggal dia, Encik Latiff dan Sara sahaja.
![](https://img.wattpad.com/cover/192437949-288-k380568.jpg)
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Ficção AdolescenteSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...