MCH|02

5.4K 362 13
                                    

SARA merebahkan badannya di atas sofa. Sungguh dia berasa penat, padahal baru hari pertama persekolahan.

"Hai dik, balik dah?" tegur abangnya, Luqman.

"Ha ah, long. Baru je sampai." jawab Sara.

"Macam mana hari pertama dekat sekolah baru?"

"Tiada apa yang menarik, kawan baru. Tapi tu lah... baru je masuk dah kena jadi penolong kelas." rungutnya.

"Wah, bagus lah tu. Bukan dari dulu ke adik merungut nak ada jawatan?" tanya Luqman.

"Memang lah... Itu dulu, ni sekarang. Tak tahu lah macam malas pula nak galas tanggungjawab tu." Sara memejamkan matanya seketika.

"Budak bertuah ni, orang kena bersyukur... Dia macam tak bersyukur je." Luqman menggeleng kepala melihat perangai adiknya seorang ini.

Manja dan keras kepala juga. Sama seperti dirinya.

"Ya lah, adik cuba terima dengan hati terbuka. Ni ibu mana?" Sara bertanya keberadaan ibunya.

"Katanya pergi beli tapau makanan kat mamak depan simpang sana. Dia tak masak hari ini." kata Luqman sambil memeluk kusyen mini.

"Oh... Kakak mana?"

Luqman sekadar mengangkat bahu. "Along tak tahu, mungkin kerja mungkin keluar lepak dengan kawannya."

"I see, ni along dah makan ke?"

"Macam mana nak makan, ibu tak sampai lagi."

Sara menarik sengih. "Hehe lupa pula ibu keluar pergi tapau makanan."

"Dah pergi mandi solat zohor. Kejap lagi ibu balik kena bebel nanti awak tu." arah Luqman.

"Kejap lagi lah, nak rehat dulu ni." jawab Sara.

"Takde, pergi mandi sekarang!" Luqman sudah bercekak pinggang.

"Aduhai along ni, tak rilek lah." rungutnya lalu bangun dan menuju ke bilik dia dan kakaknya, Safa.

"Memang tak rilek pun."

Sara menjeling figura abangnya itu. Itulah Ahmad Luqman Raziff, annoying sampai rasa nak pijak. Tapi penyayang dalam diam.

Sebaik sahaja Sara sudah membersihkan diri dan solat zohor, dia duduk di atas katilnya sambil bermain telefon. Jarinya ralit membuka chat yang tak sempat dibaca dari semalam.

Selesai sahaja baca chat, dia membuka satu top kecil yang terdapat pada bawah katilnya.

Dalam tong itu, terdapat beberapa keping gambar dan permainan ketika masa kecil.

Gambar jejaka itu di pandang, rindu. Dia merindui jejaka yang pernah jadi kawan sepermainan dulu.

Setiap gambar dibelek dengan perasaan rindu, hampir 12 tahun tidak bersua muka.

Bagaimanalah keadaan jejaka itu sekarang? Sihatkah beliau dan keluarganya?

"Rindu nya dekat Han..." ucapnya sendirian.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now