MCH|34

2.1K 180 19
                                    

SARA memandang ke arah ibu dan ayahnya dengan pandangan meminta simpati dan belas kasihan.

"Hmmm... Boleh lah ayah, ibu?" Sara mencuba nasib sekali lagi.

"Tanya ayah, ibu tak tahu kalau ayah tak kasi." pandangan Sara beralih ke arah Encik Latiff.

"Kamu berdua-duaan dengan Firhan je?" tanya Encik Latiff.

"Er—"

"Minta Syirah teman kamu. Baru lah ayah bagi, kalau tidak... Kamu keluar dengan Syirah saja." putus Encik Latiff.

Sara ternganga.

"What! Kena ajak kakak pula? Eish... Leceh lah." rungut Sara.

"Kalau tidak kamu tak boleh pergi. Itu sahaja pilihan kamu ada."

"Ibu..." rengek Sara.

Puan Syafina jungkit bahu. "Ibu tak tahu, ibu tak boleh tolong. Keputusan ibu hanya mengikut keputusan ayah je."

"Ayah, please ayah?" rayu Sara.

Encik Latiff geleng kepala. "Nope. My answer still same. Kalau adik tak ajak Syirah, adik tak boleh keluar dengan Firhan berdua sahaja." tegasnya.

"Tapi kenapa kena ajak kakak? Tak seronok lah nanti..." Sara menarik muncung.

Nak merajuk dan protes macam ni!

"Abang... Bagi je lah dia pergi. Malu nanti si Firhan tu nanti ada Syirah. Dia bukannya tahu Syirah tu macam mana orangnya." pujuk Puan Syafina.

"Ye lah, ye lah. Abang bagi. Tapi dengan syarat, ayah nak Firhan hantar kamu depan rumah. Biar ayah tengok muka dia. Faham?"

Sara mengukir senyum. Yeay!

Dapat date dengan Firhan. Huhu.

"Amboi-amboi, bukan main anak dara sorang ni...meleret senyumnya sampai ke telinga. Gatal eh kau?" sapa Safa.

"Kakak dengki ke? Elele, ada orang dengki lah tu." balas Sara semula sambil menjelir lidah.

Puan Syafina hanya menggeleng kepala. Si kakak yang tak pernah-pernah berhenti cari pasal, si adik pula melayan... kalau malas nak melayan, mengadu.

Tanpa disedari, anak-anaknya semua sudah besar panjang. Terasa kejap sahaja masa berlalu. Dahulu, Safa dan Luqman masih lagi budak hingusan. Kini, dah boleh mendirikan rumah tangga.

Oh, ternyata umurnya makin meningkat. Tapi jangan risau, masih awet muda!

"Aip, bergaduh manja pula budak berdua ni." tegur Encik Latiff.

"Itu lah, bang. Ina pun pening juga mereka ni nak apa sebenarnya..."

"Kakak, adik sudah-sudah lah tu. Kamu berdua ni... Haih, tak habis-habis lah ibu tengoknya. Tak penat ke jadi anjing dengan kucing?" bebel Puan Syafina.

"Kakak lah yang dengki dengan adik. Adik keluar dengan Firhan je pun. Bukannya pergi menggatal." balas Sara.

"Menggatal lah tu, keluar berdua-duaan dengan bukan mahram. Ha kau dik, dosa nanti. Buatnya kena fitnah sebagai suami isteri, tak ke menggelupur nanti." jawab Safa panjang lebar.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now