MCH|30

2.9K 188 26
                                    

"PERGH memang aku salute gila lah dekat Maisarah semalam! Kuat do dia bagi penampar dekat Mikayla tu." cerita Hadi.

Alhamdullilah, Sara sudah pun sedar. Nasib baik lah dia tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Ye weh, semalam Mikayla memang kurang ajar gila! Dua kali dia cari pasal. Amna masa tu pula almost tunjuk garang dia. Seram aku tengok." sambung Iqmal pula.

"Siapa yang jumpa aku semalam?" tanya Sara.

Masing-masing memandang ke arah Firhan.

"Ohh, kau lah yang jumpa aku?" soal Sara.

Firhan angguk.

"Yang aku hairan nya, macam mana lah kau boleh sesat tu?" tanya Naila.

"Aku jalan tak tengok bawah, lepas tu Firhan pula jalan laju. Entah macam mana tiba-tiba kaki aku sangkut situ." jawab Sara sambil menyuap kuih pau.

"Nasib lah takde binatang liar... Kalau tidak, arwah dah kau." ujar Maisarah.

"Malam ni kita takde apa-apa aktiviti ke?" tanya Hadi pula.

Iqmal pantas menggeleng.

"Sepatutnya ada tapi disebabkan kejadian Sara tadi, cikgu suruh rehat dulu. Esok dah last day." tuturnya sambil berpeluk tubuh.

Sejuk sikit duduk dekat hutan ni. Biasalah, angin malam datang menyapa.

"Haa, esok mandi sungai kan." ujar Adam.

"Iya, lepas tu kita bertolak lepas zohor." balas Amna.

"Mikayla macam mana?" tanya Sara.

"Dia dah balik tadi. Padan muka dia, siapa suruh cari pasal. Kan dah mendapat." balas Firhan.

"Nanti sampai rumah, mesti dia protes. Eleh, kenal sangat dah si budak Tengku tu." kata Iqmal.

"Mengada nak protes apahal? Dah diri sendiri tu salah. Bengap, harapkan nak SPM je. Otak hilang ke mana." sembur Amna.

Dia masih lagi berasa geram ye dengan tutur kata Mikayla petang tadi. Rasa geram tu sampai nak cekik lah kalau boleh.

"Woo, sabar. Sabar. Aku tahu kau tak dapat lepaskan sisi garang kau." kata Adam cuba untuk menenangkan Amna.

"Patutnya tadi kau bagi je setepek. Biar bisu kawan tu, dah lah pick me. Eee, menyampah!" sambung Naila pula.

"Benda dah berlaku, aku pun alhamdullilah selamat. Let bygone be bygone lah." ujar Sara.

Masing-masing angguk. Mereka setuju dengan tutur kata Sara.

"Okay now kita nak buat apa?" tanya Hadi.

"Aku tak tahu lah."

Nak tidur, macam awal lagi. Baru pukul 20:30 pm.

"Hmmm, bosan lah macam ni. Okay lah, lepas Isyak kita lepak dekat campfire? Boleh lah main truth or dare atau bernyanyi?" cadang Adam.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now