FIRHAN memandang wajah Faris dengan pandangan yang kosong. Buang tabiat ke apa abangnya seorang ini?
Faris menjungkitkan keningnya seraya berkata,
"What?"
"Angah serious la pagi-pagi buta ajak Firhan pergi sini?" soal Firhan.
Faris angguk. "Ye lah, sekarang je waktu ramai orang takde lagi."
"Masalahnya, baru pukul 10 pagi. Mana banyak kedai buka lagi!" marahnya.
"Alah kau ni bang chik, emo sangat apahal?" soalnya selamba.
"Mana tak emo, orang dah la mengantuk. Dia ajak orang pergi sini pula pagi-pagi buta." kata Firhan bersama bebelan.
"Bukan salah angah, kau yang tidur lambat."
"Orang tak kata pun salah angah, ey aku kang ada juga kena lepuk nanti."
"Balik jalan kaki la kau!"
"Erghh, angah ni! Stress cakap dengan angah."
"Siapa suruh cakap?" usik Faris.
"Dah la, nak tarik muncung."
Maka keluarlah muncung itik dari insan yang bernama Firhan Haziq.
Faris di sebelahnya sudah penat menahan gelak. Mencuit hati betul perangai Firhan ni.
Manja nak mampus tapi tak mampus-mampus dan tak kena tempat.
Tanpa melengahkan masa, Faris menangkap gambar Firhan yang sedang merajuk itu. Lalu dia menghantar gambar itu ke dalam group family mereka.
Firhan pantas sahaja membuka chat dari group family nya. Habis dah diri ini kena bahan!
Fakhrul's Clan 🩸🧬
Alongbushukk 😜, Angahpoyo 🙄, Daddysayang 💕, Mummysayang 💕, Syazwanasenget 👍🏻, You
Angahpoyo 🙄 : image.
@Mummysayang 💕 tengok lah ni you, merajuk macam perempuan 😂Mummysayang 💕 : awt tu? 🤨🤨
Angahpoyo 🙄 : dia tk puas hti sbb angh ajk pegi sini 🤣🤣
Mummysayang 💕 : biarkan je dia rasee 😆😆
You
angah ngek, benda la ajak orang pergi sini 😭Angahpoyo 🙄 : werkk 😜😜
Firhan hanya membaca sahaja. Sakit pula hati dia ingin membalas chat tersebut.
"Sudah lah tu merajuk nya. Nanti angah belanja Starbuck eh?" pujuk Faris.
"Betul ni?"
Lambat-lambat Faris angguk. "Ha ye lah, janji kau tak tarik muncung sudah lah."
Firhan senyum kemenangan. Sebab tu la dia amat menyayangi abangnya seorang ini. Sayang lebih sikit dari Farhan.
Sugar daddy ni bos. Ada lawan kah?
"Kalau hari-hari macam ni... Memang botak kepala angah." ujar Faris bersama keluhnya.
"Untuk adik-beradik angah juga, chill... tak salah pun kedekut dengan adik-beradik. Mungkin ada keberkatan dalam apa yang angah belanjakan tu." nasihat Firhan panjang lebar.
"Ha sudah kau nak nasihat aku pula."
"Eish, orang cakap sikit salah. Semua tak kena dekat mata angah ni payah lah. Macam mana lah Kak Mas boleh tahan dengan angah." sungut Firhan.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Fiksi RemajaSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...