MCH|53

993 92 3
                                    

AKHIRNYA hari ini merupakan hari terakhir mereka disini. Sungguh pantas masa berlalu, sedar tak sedar dah seminggu  mereka menetap di Kelantan.

"Duduk sini lamo sikit la," ujar Mek Timah.

Iqmal tersenyum seraya berkata,

"Tokleh mek, ado banyok bendo keno urus." balasnya.

"Nati kalu cuti ore mari la sini." sambungnya.

"Mek, sudoh la tu. Budok nim kelik nati jugok, mek ni mace tokse wi demo kelik kolumpo pulok." balas Paksu.

"Meme dok kasi pun, sapo nok saing nge mek..." rajuk Mek Timah.

Maklumlah, Iqmal merupakan cucu kesayangan.

"Sudoh lah mek, nati ore kelik deh. Mek jago diri," pesan Iqmal sambil bersalam.

Yang lain turut bersalaman dengan Mek dan Paksu. Berat hati ini meninggalkan kampung Iqmal ini.

"Jago diri." pesan Mek Timah sambil melambai.

Kini mereka semua akan pergi ke lapangan kapal terbang. Nasib baik lah paksu sudah membeli tiket, jadi takde lah kelam kabut.

"Kalau kamu nak tahu, mek memang macam tu. Tiap-tiap kali kalau Iqmal balik sini, mesti macam tu lah perangai dia." cerita Paksu.

"Manja juga ye mek dengan Iqmal." komen Maisarah.

"Biasalah tu, mek dengan Iqmal ibarat isi dengan kuku. Sebab dulu, masa parents Shah menetap kat sini, mek yang jagakan Iqmal." kini mereka semua mengerti.

"Lagi pun Iqmal merupakan  cucu sulung. Memang kesayangan orang ramai dia ni."  sambung Paksu lagi.

Perjalanan yang tidak lama kerana paksu memandu menggunakan jalan tikus yang cepat sampai ke lapangan terbang.

Beberapa minit kemudian, mereka sudah pun tiba di lapangan terbang. Nasib baik sempat masuk, kalau tidak rasanya dah terlepas flight.

Yang para lelaki bersalaman bersama Paksu, manakala yang perempuan hanya mampu memerhati.

"Jaga diri semua, nanti dah sampai bagitahu ya." Paksu berpesan sambil menghantar mereka ke balai pelepasan.

Kesemua mereka angguk. KL, here we come! Sejujurnya, inilah percutian yang paling seronok buat mereka semua.

Tidak pernah jelajah negeri orang lain, bila dah jelajah baru la mengetahui budaya orang negeri lain.







Dua jam kemudian...

"Mummy, daddy! Kami dah sampai." jerit Farrah Firhan sudah menggeleng kepala.

"Bagasi dia ni, aku juga yang kena angkut. Nasib lah adik, kalau tidak dah lama biarkan." kata Firhan apabila melihat Farrah sudah masuk terlebih dahulu.

"Eh anak mummy dah sampai..." tegur Puan Syuhada.

Dia baru siap masak makanan tengahari.

"Kamu balik ke sini naik apa? Perjalanan dari airport tu?" tanya Puan Syuhada.

"Tumpang kereta Kak Sara, ayah dia hantarkan kami semua tadi." jawab FArrah.

"Pergi la solat, lepas tu turun makan. Hari ini kita bertiga je kat rumah." kata Puan Syuhada.

"Daddy, abang long dengan abang ngah mana?" tanya Firhan. Selalunya, ada sahaja abangnya itu.

"Abang long ada benda katanya, Faris pun macam tu juga. Daddy ada mesyuarat nanti lepas asar dia balik lah." terang Puan Syuhada.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now