MCH|17

3.6K 273 31
                                    

SARA dan rakan-rakannya sedang tekun menyalin kerja yang diberikan oleh guru mereka. Sekarang ini tiada guru yang masuk kerana kesemua guru terlibat dengan mesyuarat.

Seperti biasa, pengawas akan bertugas bagi membantu guru-guru.

"Ah, bosan betul." ujar Amna sambil meregangkan jejarinya.

"Ye weh. Aku nak belajar subjek BM ni." sambung Maisarah pula.

"Sabtu korang free tak?" tanya Hadi tiba-tiba.

"Free je. Asal?" balas Sara.

"Jom kita keluar ramai-ramai nak?" ajak Adam.

Eh, tak bertugas ke apa mamat ni?

"Nak ke mana?" tanya Maisarah.

"Aku ikut je mana-mana korang nak. Lagi pun, aku dah boleh drive." balas Iqmal.

"Ada lesen dah ke?" tanya Sara.

"Ada je, baru lagi dapat lesen." jawab Iqmal.

"Adam... Bertugas lah." Firhan datang menegur.

"Sabar kejap, tengah meeting agung ni."

"Banyaklah kau meeting agung. Cepat!" gesa Firhan.

Adam mencebik seraya berkata,

"Nak curi tulang sikit pun tak boleh, huh!" rajuknya.

"Bising la kau, banyak pula bunyi dia." balas Firhan sambil menjeling ke arah Adam.

"Ha, sembang apa tadi?" soal Firhan semula.

"Hadi ajak keluar hari Sabtu ni." jawab Iqmal.

"Eh serious lah? Nak ke mana?"

"Aku ikut je mana-mana korang nak pergi." balas Iqmal.

"Kita pergi Berjaya Times Square?" ajak Maisarah.

Maisarah sudah menyimpan lama hasratnya untuk menjejaki kakinya disitu namun masih tiada rezeki lagi.

"Boleh juga, aku pun tak beberapa familiar dengan mall kat sini lagi." balas Sara.

"Okay, aku tanya parents aku dulu. Apa-apa roger dalam group." pesan Firhan sebelum sambung bertugas.

Yang lain hanya angguk sebagai tanda setuju. Mereka pun perlu mendapatkan keizinan daripada kedua-dua ibubapanya.

Hanya Iqmal sahaja tak bertugas kerana dia bertugas pada hari lain dan namanya tidak tersenarai dalam jadual bertugas pada hari ini.

"Kau tak bertugas ke, Mal?" tanya Hadi.

Iqmal pantas menggeleng. "Cikgu tak letak nama aku dalam senarai bertugas hari ni."

"Patut lah duduk melepak je." kata Maisarah.

"Ye lah, aku pun tak tahu nak buat apa."

"Ajar aku math, aku tak faham bab 3." pinta Maisarah kepada Iqmal.

Sememangnya Iqmal sangat pro dalam subjek matematik. Tak pernah gagal, selalu dapat result yang memuaskan.

"Jom lah." ajak Iqmal lalu mereka bertukar tempat duduk.

Tinggal lah Hadi, Sara dan juga Amna.

"Kita bertiga nak buat apa je lah ni?" giliran Sara pula memecahkan suasana yang sunyi.

Amna menjungkit bahu. "Entah lah."

"Aku nak merayap jap." ujar Hadi lalu berjalan keluar dari kelas.

Maka tinggal lah Amna dan Sara. Tanpa membuang masa, Sara melentokkan kepalanya di atas meja.

Masa yang ada ni, baik lah tidur. Kan?

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now