MCH|09

4.4K 324 56
                                        

MIKAYLA memandang Sara dengan wajah tidak puas hati. Tak guna, patutnya dia yang berpasangan dengan Firhan. Bukannya Sara tu!

"Awak kenapa Mikayla?" tanya Cikgu Khatijah.

"Bengang dengan cikgu lah tu, tak dapat partner dengan Firhan." Adam menjawab bagi pihak Mikayla.

"Lah... wajib ke?" tanya guru itu semula.

"Cikgu tak tahu ke? Firhan Haziq tu kan pujaan hati dia." giliran Iqmal pula bersuara.

"Pujaan hati sangat, dah kena reject pun muka tebal lagi." sampuk Hadi.

Kini, satu kelas tengah menahan gelak. Tu lah kau, geng-geng Firhan ni mulut kemain pedas juga.

"Tak kesah la kena reject ke apa, janji cikgu puas hati dengan pasangan yang cikgu tetapkan." balas Cikgu Khatijah.

Walaupun ada yang mengeluh, namun mereka terima seadanya. Cikgu ni kalau dah kata A, A je lah. Tak boleh tukar. Nanti dia jadi singa, semua takut!

"Okay sekarang apa yang cikgu nak, awak semua ada pasangan kan?" semua pelajar angguk kepala.

"Baiklah, dalam masa 15 minit... Cikgu nak awak dan pasangan awak bincangkan satu perkara yang bermain di minda awak." ujar Cikgu Khatijah bersama arahannya. 

"Random?" tanya Sufia.

"Ya, ia nya bebas. Tak kesah pasal apa-apa pun. Hal politik ke, bola sepak ke, mak senah hilang pak abu tapi jumpa pak semeon pun boleh, pasal mak masak makanan sedap ke tidak pun boleh. Anything that random but make sure tiada unsur-unsur yang tidak sepatutnya." jelas guru itu dengan teliti.

"Setelah habis membincangkan, datang ke hadapan untuk membuat pembentangan. Tak perlu khawtir, awak bentang dengan semudah yang mampu."

"Kiranya macam bagi talk lah pasal kami bincang berdua ni?" tanya Hadi.

Guru tersebut angguk kepala. "Ini untuk markah PBD awak semua, siapa yang bentang main-main ataupun tak buat kerja... cikgu tolak markah. Tiada rayuan untuk memohon supaya tidak potong markah."

"Faham cikgu!" ujar mereka seisi kelas.

"Okay... masa bermula sekarang!"

Maka mereka pun mula membincangkan apa yang bermain di fikiran masing-masing.

"Sara..." tegur Firhan.

"Ada apa?" jawab Sara.

Matanya masih fokus diatas kertas untuk mengeluarkan idea.

"Kau dah ada idea?"

Sara terus menggeleng. "Tak tahu nak bincang pasal apa." jawabnya.

"Aku ada idea, tapi aku minta maaf lah kalau idea ni kurang bernas bagi kau." ujar Firhan.

"Ha apa?"

"Kita bincang pasal hantaran. Ye lah kan, sekarang kan tengah hot pasal benda ni. Kau okay ke?" tanya Firhan.

"Aku tak kesah, tapi macam mana kau boleh terdetik nak bincang pasal isu ni?" tanya Sara semula.

"Aku pun tak tahu but lately aku tengok isu ni makin teruk. Tiap-tiap hari ada je bahas tentang isu ni. Perempuan sekarang kan demand nak hantaran mahal-mahal." jawab Firhan.

Tanpa disedari, Cikgu Khatijah tersenyum melihat kerjasama antara mereka berdua. Yang lain masih lagi diam menikus, sudah 5 minit masa berlalu.

"Yang aku tahu... aku bukan perempuan demand. Setakat hantaran tu, bukankah itu hantaran ikhlas daripada pihak lelaki kepada wanita. Why perempuan yang kemain demand dan bukannya lelaki?"

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang