MCH|40

1.9K 171 23
                                        

"FIRHAN HAZIQ, dan Sara Ilyana sila bergerak ke bilik Tuan Pengetua." panggil Cikgu Nasriah.

Firhan dan Sara berpandangan seketika sebelum mereka melangkah keluar dari kelas.

"Weh, apahal tuan pengetua nak jumpa?" tanya Firhan.

Sara jungkit bahu. "Aku pun tak tahu, sudah lah kita berdua yang dia seru."

"Haih, apa lagi lah masalah yang ada." rungut Firhan.

Seketika kemudian, mereka pun telah sampai di bilik tuan pengetua.

"Kenapa tuan pengetua panggil kami berdua?" soal Firhan terlebih dahulu.

"Duduk dulu, jangan terburu-buru." arah Encik Latiff.

"Okay, sekarang apa dia?" tanya Sara pula.

"Begini... Minggu hadapan, ada program kesenian dan kebudayaan yang bakal dianjurkan oleh pihak University Malaya, jadi... setelah teliti dan membuat keputusan, saya nak awak, Sara, Adam, Hadi, Iqmal, Maisarah, Amna dan juga Mikayla turut serta dalam program ini." terang Encik Latiff panjang lebar.

"Kenapa kena ada Mikayla? Nanti dia buat kecoh lah."

"Tak mengapa, sebab program kali ini sangat menarik dan menyeronokkan." balas Encik Latiff.

"Jadi, kami kena pergi berapa hari?" tanya Firhan.

"Dua hari, secara ulang alik. Pengangkutan, saya sendiri akan bawa kamu semua. Selain dari saya, Cikgu Tulin dan Cikgu Arman akan turut menemani sebab program ni under mereka juga." jelas Encik Latiff.

"Tapi, dekat sana kamu akan jumpa juga pelajar dari sekolah lain. Saranan saya, pakai jersey berwarna navy blue bersama seluar tracksuit. Untuk tudung, hanya dibenarkan tudung sekolah sahaja."

"Bilakah program itu akan berlangsung?"

"Next week. Hari rabu dan khamis."

"Okay, bagaimana pula dengan borang kebenaran ibu bapa?"

"Esok saya akan edarkan. Kalau saya tak sempat edarkan, saya akan pass dekat Cikgu Arman."

Kedua-dua mereka angguk faham.

"Ada sebarang soalan?" tanya Encik Latiff.

Sara menggeleng.

"Tapi kenapa mesti kami?" soal Firhan.

"Sebab, saya nak tengok kerjasama kamu semua apabila bekerja dengan Mikayla." jawab Encik Latiff.

"Allah. Buat susah-susah je... Tak nak pergi lah macam ni." tutur Sara lalu berpeluk tubuh.

"Tak nak pergi sudah, jangan merengek bosan ye." balas Encik Latiff bersahaja.

Sara menjeling tajam ke arah ayahnya. Tahu je trick nak buat dia mengalah.

"Takpe, kejap je. Dua hari... Saya jamin dekat sana banyak program menarik."

"Baiklah kalau begitu. Saya ikut sahaja keputusan tuan pengetua." kata Sara yang mengalah itu.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang