nota ; nah satu lagi special chapter. enjoy, jangan lupa vote!
————————————
Majlis reunion antara mereka berlapan bertempat di Tamarind Square.
Dulu, title sebagai kawan sekarang dah title sebagai relationship.
Sara bersama Firhan.
Adam bersama Amna.
Maisarah dan Iqmal.
Hadi dan Farrah.
Unexpected?
Ya, sungguh unexpected.
"Ya Allah! Mana yang lain ni." Amna memandang jam di skrin telefonnya.
Hampir satu jam menunggu kedatangan pasangan sejoli yang lain. Hanya dia dan Adam sahaja yang awal. Biasalah, kalau bab on time serah kepada mereka.
"Sabar lah, kejap-kejap lagi sampai lah tu." kata Adam di hadapannya.
"Maaf-maaf lambat." ujar Iqmal dan Maisarah.
Pasangan kedua yang sampai selain Adam dan Amna.
"Kita janji pukul berapa?" soal Amna.
"Hehe! Traffic jammed." jawab Iqmal dengan sengihannya.
"Banyak lah traffic jammed! Orang suruh gerak awal tak mahu." bebel Amna.
"Mana yang lain ni... Amna dah mula membebel." Maisarah memandang ke arah pintu masuk jikalau melihat kawan mereka yang lain hadir.
"Tak lama dah kita ni, yang. Confirm masak kena tadah telinga dengan Amna." Iqmal berkata lalu mengambil tempat di sebelah Adam.
"Welcome to the club!" Adam berbalas high-five dengan Iqmal.
"Bro, dia punya bebelan... Esok-esok, lagi teruk bebelan dia." ujar Iqmal serta tangannya membelek menu yang ada.
"Aku dah buat telinga spare siap-siap. Senang nanti kalau telinga sekarang dah rosak, aku ada telinga ganti. Bijak kan aku!" Adam berkata dengan bangganya.
"Otak kau! Mana ada orang buat telinga spare. Mai mana pula dah." Iqmal mengetuk kepala Adam.
Ada wayar putus barangkali... Menyebabkan Adam jadi tak betul.
"Aduh! Yang kau ketuk kepala aku kenapa?" marah Adam lalu mengusap kepalanya yang sakit kena pukul dengan Iqmal.
"Biar function lama sikit otak kau. Ini... sepanjang masa nak jadi short. Jem juga aku kadang." kata Iqmal.
Ketika itu, pasangan dua terakhir sampai.
"Ha tu dia... Sampai dah raja sidai terulung pada abad ini." Iqmal berloyar buruk kepada Hadi dan juga Firhan.
"Mak ai, apa yang marah sangat ni." Hadi bersapa bersama Adam dan Iqmal begitu juga Firhan.
"Kau tak tahu, aku ni dah naik muak kena dengar Amna membebel. Dah la kita orang paling awal." bicara Adam dengan geramnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Fiksi RemajaSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
