MCH|24

2.9K 232 8
                                    

SEBULAN KEMUDIAN...

Begitu kecoh sekali mulut masing-masing apabila dapat mengetahui bahawa ada perkhemahan bagi pelajar Tingkatan 5.

"Weh, weh korang tahu tak!" sergah Maisarah dengan nada ceria dan teruja.

"Apa benda?" tanya Sara sambil mengangkat keningnya.

"Fuh lamak, tak lama lagi kita nak pergi perkhemahan sia!" jawab Maisarah dengan nada teruja.

"Weh, kau serious lah?" soal Amna tidak percaya.

Maisarah angguk. "Ye, aku dengar dari mulut Cikgu Khatijah masa on the way nak naik kelas."

"Kau biar betik, Mai?" tanya Hadi.

"Betul bang, aku sendiri dengar cikgu bincang dengan cikgu lain."

"Bapak lah, dah lama gila tak pergi perkhemahan." kata Adam. Tiba-tiba dia pun turut teruja.

Firhan datang menghampiri mereka semua.

"Apa yang kecoh sangat tu?" soal Firhan lalu duduk bersebelahan dengan Sara.

"Pasal perkhemahan. Kau tak tahu ke?" jawab Sara.

Firhan geleng kepala. "Tak, aku kan sentiasa busy. Mana ada masa nak tahu pasal benda macam ni."

Sara mencebik. "Busy konon..."

"Of course lah, aku ni kan abang jejaka pujaan hati orang." balasnya.

"Perasan, siapalah yang nak buatkan kau ni as abang jejaka pujaan hati." tutur Sara sambil membuat aksi ingin muntah.

"Kau." balas Firhan sepatah.

3...

2...

1...

Dan...

Sara merasa blushing. Secara tiba-tiba pipinya berubah jadi tomato.

"Ui, sembang berdua nampak? Dah lupa kawan-kawan kat sini ke? Kita orang perhati je tau dari tadi." tegur Iqmal.

"Ha mana ada, dah korang rancak sembang. Aku sembang dua je la dengan Sara." balas Firhan sambil menyiku lengan Sara.

Sara terus membuat isyarat 'apa benda gila?'

Firhan membalas semula isyarat Sara tu, 'jangan la diam membisu je, tolong aku'

"Ha ah betul tu. Firhan datang korang tak hirau kan pun dia." jawab Sara cepat-cepat.

"Amboi, coverline nampak." usik Adam bersama sengihan.

"Itu lah tu, diorang berdua ingat kita ni buta agaknya..." sampuk Amna pula.

"Ha dah la takyah nak bahan aku dengan Sara sangat. Cepat, apa yang ralit korang bincangkan tu?" Firhan segera mengubah topik.

"Sekejap lagi la kot Cikgu Khatijah bagitahu..." ujar Iqmal.

"Eh hari ni ada masa dia ke?" tanya Maisarah.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now