OTAKNYA masih ligat memikirkan tentang childhood Sara. Kenapa, kisah Sara sama seperti dia? Kenapa, mereka macam pernah berjumpa pada dahulu? Kenapa, dia tak boleh ingat apa-apa.
Oh My Allah, ini perkara buruk...
"Boleh mummy masuk?" pinta Puan Syuhada di depan pintu Firhan.
"Masuk la mummy." jawabnya.
"Mummy tengok Han dari balik tadi macam runsing je, apa yang kamu fikirkan, sayang?" tanya Puan Syuhada lembut.
"Sebelum balik tadi, orang duduk dengan Sara. Dia cerita la pasal childhood friend dia, and orang rasa kisah dia sama macam orang lah, mummy." luah Firhan.
"Kenapa Han rasa macam tu?"
Firhan menarik nafas. "Hmm, sebab Sara cakap dia panggil that boy Han. Seingat orang, nickname Han ni ahli keluarga je yang panggil. Macam mana dia boleh panggil Han?"
Puan Syuhada mengukir senyuman. Alhamdullilah, Allah dah makbulkan doa dia.
"Tapi kalau betul dia orang yang kamu cari macam mana?" duga Puan Syuhada.
Firhan jungkit bahu. "Tak tahu la mummy. Orang tak dapat fikir lah."
Puan Syuhada menepuk bahu Firhan seraya berkata,
"Doa banyak-banyak ya sayang. Biar Allah tunjukkan jalan yang benar. Andai ada jodoh, pasti tak kemana jua. Mummy support je apa keputusan you. As long, you boleh fikir mana baik dan buruk."
"Mummy pasti korang ada ikatan yang kuat. Kalau tak jadi laki bini pun, at least sebagai kawan pun mummy dah kira bersyukur tau. Bukan calang-calang orang boleh kahwin dengan kawan sepermainan waktu zaman hingusan dulu."
"Haih mummy ni, buat orang rasa serba salah pula." ujar Firhan.
"Kenapa kamu rasa serba salah?"
"Sebab, orang tak ingat langsung pasal Yana tu. Sedihnya lah jadi Firhan Haziq ni. Huhuhu."
Puan Syuhada tergelak kecil. "Bukan kamu tak ingat, cuma kenangan tu belum muncul lagi. Nanti bila dah tiba masanya, kenangan tu akan muncul dan dari situ lah kamu akan ingat dia."
Firhan meletakkan kepalanya di bahu Puan Syuhada. Puan Syuhada hanya mampu menggeleng kepala.
Anak teruna seorangnya ini, memang manja. Kalah si Faris dan Farhan. Farrah pun takde lah manja macam ni.
Perangai manja Firhan ni sebenarnya menurun dari Encik Fakhrul lah. Bak kata pepatah Inggeris, like father like son ha gitu.
Kadang kala, tak terlayan juga perangai manja Firhan ni. Ada masa manja dia memang buat orang rasa malas nak layan. Siapa jadi bini dia nanti, siapa sedia lah nak hadap perangai manja Firhan 24 jam. Firhan dengan perangai manja dia berpisah tiada.
Han oh Han, nasib lah awak ni kacak. Haih.
"Lenguh la bahu mummy macam ni, Han. Mummy ni makin berumur, bukannya selama muda." tegur Puan Syuhada.
Firhan mengangkat semula kepalanya sambil mencebik.
"Bukannya selalu pun Han letak kepala dekat bahu mummy." balasnya.
"Tak payah nak tipu sangat, selalu je bang chik buat." celah Farrah.
"Sejak bila adik jadi penonton?"
"Ada lah dalam 10 minit. Tu lah, orang cari nak suruh teman beli makanan dia duk manja dengan mummy. Apoo." jawab Farrah dengan nada menyampah.
"Kamu nak beli apa, dik?" soal mummy.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Genç KurguSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...