* semua ini ialah flashback *
"INA gelisah lah abang, Sara ni dia tak ngam pula dengan penjaga dia. Ina risau, dia jadi makin tak selesa pula." adu Puan Syafina sambil menatap wajah anaknya.
Anak bongsunya yang paling banyak ragam nak jaga. Biasalah, anak terakhir... mesti lah ada ragamnya tersendiri.
"Buat masa ni, sayang duduk rumah jaga Sara. Nanti abang dah jumpa someone yang boleh jaga Sara... Abang akan beritahu ya?" pujuk Encik Latiff sambil memegang bahu isterinya.
"Baiklah, kalau abang kata begitu... Ina faham."
Sebenarnya, mati akal juga Puan Syafina apabila dapat tahu daripada pengasuh mengenai Sara.
Si kecil itu asyik melalak sahaja apabila berada di rumahnya. Nak kata bela saka, takde pula. Hanya dua tiga orang sahaja kanak-kanak yang ada. Termasuk lah kakak Sara.
Kakaknya, Safa Insyirah okay je dekat rumah pengasuh. Siap ada kawan lagi, cuma Sara ni yang ada masalah sedikit.
Mungkin kerana persekitaran yang membuatkan dia kurang selesa. Biasalah, bayi kan. Mesti lah ada ragam tersendiri.
Sara yang berumur tiga tahun itu hanya memandang sahaja wajah emaknya. Yang pasti dia tidak mahu ke rumah pengasuh itu lagi. No and never.
Meanwhile
"Gayanya macam serabut saja tu..." tegur Encik Fakhrul.
Encik Latiff tersedar apabila terdengar suara Encik Fakhrul menyapa.
"Anak aku lah, rul. Si bongsu tu... meragam pula dia dekat rumah pengasuh tu. Bini aku dah risau, aku tak tahu nak hantar dekat siapa dah." cerita Encik Latiff.
"Kalau kau tak keberatan, kau boleh je hantar Sara dekat rumah aku. Lagi pun, Firhan tu selalu main sorang-sorang. Si Farhan dengan Faris tu, tak layan dah Firhan sangat." ujar Encik Fakhrul beserta tawarannya.
"Tak menyusahkan kau dan isteri ke?" tanya Encik Latiff semula.
"Apa salahnya tolong rakan baik. Lagi pun Syu sentiasa ada masa lapang je dekat rumah tu." jawab Encik Fakhrul.
Tanpa berfikir panjang, Encik Latiff terima. Bagus juga terima, takkan nak tolak pula kan? Orang dah offer tu.
"Boleh, boleh. Nanti aku bagitahu bini aku. Harapnya anak aku tak meragam sangat lah nanti." putus Encik Latiff.
Encik Fakhrul senyum. Setidak-tidaknya, terlepas juga satu bebanan rakannya itu.
"Nanti aku bagitahu Syu. Kau boleh hantar bila-bila masa sahaja. Rumah aku sentiasa terbuka untuk kau." kata Encik Fakhrul.
"Terima kasih, rul. Dari kita berkawan masa menengah sampai sekarang... Kau selalu ada masa aku susah dan senang. Semoga Allah membalas jasamu." ujar Encik Latiff.
"Small matter for my friends."
*****
Dua hari kemudian...
"Assalamualaikum syu." ujar Puan Syafina dari luar rumah.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...