MCH|50

959 100 26
                                    

PUAN SYUHADA dan Encik Fakhrul memandang pemergian dua anak itu. Kebetulan, ayah Adam ingin menjemput mereka dan bawa ke KLIA.

"Hati-hati pergi tu. Ingat pesan mummy jaga diri. Jangan lupa bawa balik ole-ole dari sana." pesan Puan Syuhada.

Firhan dan Farrah mengangguk.

Lalu, mereka bersalaman dengan Puan Syuhada dan Encik Fakhrul.

"Have a safe flight, when you're arrive call me." pesan Encik Fakhrul pula.

"Baik daddy." ujar mereka berdua.

Mereka melambai ke arah ibu bapanya sebelum kereta ayah Adam meluncur meninggalkan perkarangan rumah itu.

Kini mereka semua sudah pun selamat tiba di KLIA2. Sebentar lagi kapal terbang bakal berlepas. Mereka perlu check in dan mengambil tempat duduk.

Nasib baik mereka tiba awal sebelum waktu penerbangan, kalau tidak agaknya mungkin sudah terlepas fly.

Selepas dihantar ke balai pelepasan, mereka semua terus mengambil tempat duduk masing-masing.

Sara duduk bersama Farrah, Amna dan Maisarah bersama. Firhan duduk bersama dengan Hadi manakala Adam dan Iqmal duduk bersama.

Perjalanan yang tidak lama. Kira-kira dua jam sahaja mereka akan tiba di Kelantan.

"Farrah rasa sangat seronok dan teruja." ujar Syazwana dengan nada gembira.

"Sebelum ni tak pernah naik kapal terbang ke?" tanya Sara.

"Tak pernah... Ni pertama kali, sebab tu rasa gembira sangat-sangat." balas Farrah.

Sara hanya memerhati gelagat Syazwana yang mencuit hati. Macam mana lah Firhan boleh ada adik yang secomel ini.

Sara memandang ke arah boys, Adam dan Firhan sudah pun selamat ke alam mimpi. Manakala Iqmal pula cuma mendengar lagu. Hadi hanya termenung memandang ke luar jendela.

Sara tidak dapat melihat Amna dan Maisarah kerana mereka berdua berada di seat hadapan Sara.

Dua jam kemudian...

Airport International Kota Bharu, Kelantan

Dengan izin Allah, mereka sudah pun tiba di Kelantan dengan selamatnya.

Mereka bercadang ingin menaiki bas, namun ada seorang jejaka berjalan ke arah mereka. Lingkaran umur dalam 40 tahun keatas. Mungkin pakcik sedara Iqmal?

"Lamo doh ko sapa?" sapa Paksu Iqmal.

Iqmal pantas geleng.

"Dok eh, baru jha sapa. Poksu wak gapo sini?" soal Shah pula.

"Mek la bising ko poksu suruh amik demo, suko dio mu kelik." jawabnya.

"Mano poksu tahu Iqmal kelik?"

Iqmal berasa hairan, setahunya dia tidak memberitahu pun kepada sesiapa.

"Umi mu la hok oyak nyo, eh sudoh mari kito gi ke keto. Siye sain mu panah ceng-ceng tu." ajak Paksu Iqmal.

Yang lain sudah blur. Mereka tidak faham apa yang dibicarakan oleh Shah dan pakciknya.

"Ha jom lah naik kereta paksu." ajak Iqmal.

Mereka semua angguk dan mengikuti jejak pakcik Iqmal.

Di dalam kereta, hanya radio sahaja yang menemani. Mereka nak berborak pun takut tak faham apa yang disampaikan oleh pakcik Iqmal.

"Make blako doh ko ni?" soal Paksu Shah.

"Eh dok lagi, tokmek ado masok ko?" Iqmal bertanya semula kepada paksunya.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now