SUDAH tiga hari berlalu, dan sekarang merupakan gerak gempur subjek Matematik yang diadakan di surau.
"Aku sumpah tak faham do apa teacher cakap kat depan." ujar Maisarah sambil meregangkan badannya.
"Bukan kau sorang, aku pun tak faham. Dah la belajar dalam kelas tak faham apa-apa." sambung Amna pula.
"Laju sangat cara dia explain tu, macam mana nak faham." ujar Sara.
"Kena tanya cikgu lain kalau nak faham, belajar dengan teacher memang memerlukan iman dan kesabaran yang tinggi." kata Layla.
"Kau faham ke, Layla?" tanya Maisarah.
"Faham masa ni je lah, habis gerak gempur ni aku tak faham apa dah." jawab Layla.
Mereka semua menahan ngantuk. Sudah la surau ni ada aircond memang mengantuk semua orang.
"Lepas rehat kita takde subjek dah kan?" tanya Mimi.
Sara menggeleng. "Takde, tapi esok kita full. Pagi tu gerak gempur subjek perniagaan, lepas rehat subjek sejarah."
"Peh, esok memang betul-betul tahan mata ni. Dah la sampai ke petang pula tu." kata Maisarah.
"Sikit je ni, bertahan demi SPM guys." kata Layla pula.
Sedang leka mereka berborak, masa pun sudah habis. Sekarang tiba lah waktu rehat untuk pelajar tingkatan 5.
"Yeah, lega aku dah habis. Punya la aku tengok jam... Bila nak habis waktu." ujar Mimi penuh teruja.
"Kan, kebat bontot aku duduk lama-lama dalam surau." sokong Layla.
"Okay, kami gerak dulu! Jumpa kat kelas nanti." ujar Mimi apabila sudah siap memakai kasut.
Sara angguk. Mimi dan Layla pun beransur pergi meninggalkan mereka bertiga.
"Jom korang, aku dah lapar ni." ajak Amna.
"Pergi lah dulu, aku nak jumpa Firhan jap." arah Sara.
"Ada apa-apa ke kau dengan Firhan?" tanya Maisarah.
Sara senyum. "Takde apa-apa, nanti aku cerita lah."
"Nanti tu bila entahnya. Lama betul dia peram cerita." kata Amna sambil mencebik.
Sara sengih.
"Fir!" panggil Sara.
Firhan pantas berhenti dan terus berpaling memandang Sara.
"Ada apa?" tanya Firhan sebaik sahaja Sara tiba dihadapan dirinya.
"Malam ni datang rumah aku ek? Ajak mummy dengan daddy kau. Parents aku rindu diorang." ajak Sara.
"Ah-ah? Malam ni tak sure lagi, tengok lah macam mana. Ada apa kat rumah?" balas Firhan.
"Datang melepak je. Lagi pun, Safa keluar dinner dengan family boyfriend dia. Tu yang ibu suruh ajak kau datang rumah." jelas Sara.
"Tengok lah macam mana. Nanti aku cakap dengan parents aku dulu." balas Firhan.
"Baiklah, kalau tak dapat datang takpe. Next time ada lagi." ujar Sara.
"Ha insyaAllah. Okay lah, aku kena bertugas ni." pamit Firhan.
"Baiklah."
Lalu Sara dan Firhan beredar.
"Tak malu kau eh ajak Firhan datang rumah? Entah-entah alasan je tu... Entah ada ke tidak parents kau kat rumah tu." ujar Mikayla dengan pandangan jijik.
"At least, dia tak menolak tawaran aku nak datang rumah. Dari kau? Tak sempat buat apa-apa, dah kena reject." balas Sara sinis.
"Biar kena reject dari tak malu ajak anak orang datang rumah dengan alasan parents suruh ajak datang. Dasar perempuan murahan." hembur Mikayla.
"Sebelum nak kata aku murah, cermin dulu tu tau? SPM nak dekat dah ni, Mikayla. Jangan jadi batu api sangat... Risau takleh jawab je SPM nanti. Maklumlah dosa kau dengan aku terlalu banyak." ujar Sara dengan penuh sindiran.
"Poor you, Mikayla. Crush tak notice, dah tak notice bertepuk sebelah tangan pula. Apalah nasib ye." sambungnya lagi.
Mikayla menggengam penumbuk. Amarahnya makin membuak-buak. Tak guna punya Sara!
"Adik, betul ke Firhan nak datang ni?" tanya Puan Syafina.
Sara angguk.
"Tadi petang lepas asar dia cakap dia datang. Parents dia pun ada sekali." jawab Sara.
"Kenapa cakap last minute? Ibu tak prepare apa-apa lagi." ujar Puan Syafina.
"Firhan yang bagi keputusan last minute, adik tanya dia awal lagi tau." jawab Sara ingin membela diri.
Sebenarnya, Sara yang ajak last minute tanpa pengetahuan Puan Syafina. Pandai kan si budak Sara ni, akal panjang dia ni.
"Takpe lah, ibu masak sekejap. Diorang sampai pukul berapa?" tanya Puan Syafina.
"Katanya pukul 21:30 macam tu." jawab Sara.
Puan Syafina memandang jam, ada sejam lagi sebelum ketibaan mereka.
"Okay sempat, ibu masak dulu." pamit Puan Syafina.
Setelah selesai masak, keluarga Firhan pun tiba. Nasib baik Puan Syafina sempat masak. Kalau tak, segan dibuatnya tetamu datang tak hidang makanan.
"Maaf lah, ini sahaja yang sempat. Syaf tak sempat prepare apa-apa, masak je lah apa yang ada dalam peti." ujar Puan Syafina apabila Puan Syuhada dan Encik Fakhrul tiba.
"Takpe lah, ini pun dah cukup. Terima kasih Syaf, sebab masak untuk kami." ujar Encik Fakhrul.
"Latiff mana?" tanya Encik Fakhrul.
"Pergi masjid lah dia, macam biasa. Kejap lagi balik lah tu." jawab Puan Syafina.
"Assalamuaikum..." Encik Latiff memberi salam seraya membuka pintu rumah.
Dia memandang ke bawah, banyak betul selipar. Setahunya, tiada orang pun yang dia jemput untuk datang. Hairan.
"Waalaikumussalam... Ha panjang umur." Puan Syafina menerpa ke arah Encik Latiff.
"Ada orang datang ke, Syaf?" soal Encik Latiff. Mereka berjalan menuju ke ruang makan.
Puan Syafina angguk. "Ada, you're bestfriend!"
"Eh, siapa?"
"Tu." Puan Syafina menunjuk ke arah Encik Fakhrul dan Puan Syuhada yang berada di meja makan itu.
"Oh, Allah. Kenapa tak cakap nak datang?" Encik Latiff bersalam dengan Encik Fakhrul.
"Suprise!" ujar Encik Fakhrul bersama gelaknya. Encik Latiff menggeleng kepala, ada sahajalah mereka ini.
"Ha memandangkan semua dah ada, mari makan malam bersama-sama." Puan Syafina mencedok makanan yang ada di atas meja itu.
"Siapa punya idea la ni suruh datang?"
Semua tertumpu pada Sara.
"Eh?" Sara buat-buat tidak tahu. Dia cuma ajak sahaja, tak tahu pula jadi kenyataan.
"Anak bertuah awak lah... Nasib baik saya ni pro memasak." kata Puan Syafina memandang Sara yang leka makan itu.
"Budak bertuah ni..." Encik Latiff memandang Sara dengan senyuman.
"Okay, adik dengan Firhan makan cepat-cepat lepastu duduk di ruang tamu ya? Kami, ada hal nak bincang. Biasalah hal
orang tua." suruh Puan Syafina."Tak boleh ke nak dengar sekali?" tanya Firhan. Sengihan terbit dari bibirnya.
"Hal orang tua, kamu kanak-kanak ribena jangan nak curi-curi dengar." kata Puan Syuhada.
Terus mencebik wajah Firhan. "Hmmm... Mummy tak sayang Han lah tu."
Puan Syuhada buat-buat tak dengar. "Hah? Han kata nak duduk ruang tamu? Ha, okay-okay."
"Mummy!" rengek Firhan.
Masing-masing tergelak melihat telatah Firhan. Manja!
TBC
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Подростковая литератураSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...