MCH|38

2K 156 14
                                        

BEBERAPA bulan telah berlalu dan sekarang merupakan frasa kelas tambahan setiap hari dan hujung minggu.

Banyak cikgu mula berkongsi segala kepakaran, tips, ilmu yang mereka ada untuk anak-anak murid tercinta. Pelbagai rasa yang mereka alami untuk anak-anak yang bakal menduduki SPM ini.

"Petang nanti ada class ke?" tanya Umairah.

Sara angguk. "Petang nanti kelas maths. Dekat bilik media, gabung dengan 5 Maju dan 5 Mekar." katanya.

"Aduh, malas lah. Bising nanti tak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya." rungut Danial.

"Nak buat macam mana? Siapa suruh dapat cikgu yang sama. Nak tak nak, hadap je lah." ujar Amir dalam keadaan pasrah.

"Weh korang, dah fikir ke baju apa untuk annual dinner?" tanya Anas.

"Aku terlupa lah kita ada annual dinner minggu depan. Nasib kau tegur Anas, kalau tak aku tak terfikir pun." Khairil menjawab pertanyaan Anas.

Pelajar perempuan yang mendengar perbualan mereka, terus gelabah. Apa lagi? Masa untuk menunjukkan fashion!

"Tapi cikgu kata, tema akan di beritahu hari jumaat ni. Ha macam mana? Sekarang baru hari Selasa." tutur Adam.

"Ye tak ye juga eh? Ah, lambat lagi rilek lah dulu." jawab Iqmal sambil merenung wajah Maisarah yang sedang bersembang dengan rakan-rakannya.

"Tak yah tunggu hari Jumaat pun takpe. Ayah aku kata tema baju melayu dengan pakaian tradisional. Ha sudah, mana nak dapat dalam masa terdekat ni?" soal Sara.

"Aku excited gila weh bila tahu kita ada annual dinner. Tiba-tiba perasaan sebak datang menjelma." kata Firhan sambil merenung setiap persatu wajah rakannya.

"Aduh kau ni Han, jangan potong line lah. Baru nak fun-fun!" Adam pantas menepuk dahi Firhan.

Mamat ni, otak tak pernah nak betul. Lagi-lagi sejak kebelakangan ni. Risau sungguh ye anak-anak.

Tiba-tiba Hadi menepuk meja, terkejut semua yang berada di kelas.

"Weh Hadi kau kenapa?" dengan laju, Hazim menyoal.

"Aku baru teringat, minggu depan kan kita ada gerak gempur. Korang ni excited pasal annual dinner, minggu depan ada gerak gempur lupa pula?"

Maka dengan itu, seisi kelas mengeluh. Haih, baru je nak berangan pasal annual dinner. Spoiler betul lah ketua kelas kita ini.

"Tapi gerak gempur tu selang seli kan?" tanya Barizah kepastian.

Hadi pantas mengangguk.

"Iya dengarnya begitulah, selang seli dengan kelas yang lain." terang Hadi.

Seisi kelas mengangguk sebagai tanda faham.

"Sekolah ni tak penat ke asyik-asyik suruh budak form 5 belajar? Aku bukan apa tau, aku dah lemau juga asyik belajar je ni." rungut Idham.

"Belajar je lah, Idham. Berapa bulan je nak pegang title budak sekolah ni." kata Khairil.

"So next week kita subjek apa?" soal Sara.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang