SARA berjalan dengan wajah yang hairan. Pelik, kenapa semua orang pandangannya seperti ada dosa besar berlaku?
Tanpa bertanyakan soalan, Firhan terus menarik tangan Sara supaya pergi ke rooftop.
"Apa ni, kenapa semua pandang semacam?" tanya Sara bingung. Setahunya dia takde lah buat dosa besar mana pun.
Eh-?
"Ada orang sebar fitnah yang kita dua ni in relationship." ujar Firhan senada.
Firhan menunjukkan news yang tersebar di dalam website sekolah mereka.
New story gaiss 😏😏🔥🔥
Seems like our headboy and pelajar baru bercinta?
Wow, amazing! Patut rapat semacam sejak dua menjak ni. Rupanya ada relationship dalam diam.
Well, rahsia you guys dah terbongkar. Selamat berjaya berhadapan dengan semua pelajar. Salam benci kepada korang berdua.
Love, your haters 🤪🖤Sara ternganga sambil terkejut. "What the hell? Siapa pula yang sebar fitnah ni." balasnya.
Muka sudah pun berubah menjadi merah. Penumbuk di genggam.
"Tak tahu, gossip ni baru lagi tersebar. So now kita nak buat apa?" Firhan memandang serius wajah Sara.
Sara mengeluh perlahan. Siapa lagi hamba Allah yang cari nahas dengannya?
Tanpa disedari, ketika Sara dan Firhan sedang naik ke rooftop, ada orang sudah menangkap gambar mereka berdua.
"Patut lah semua fans kau pandang tak puas hati. Takpe, tunggu dulu. Biarkan sahaja. Kalau dah teruk sangat baru fikir nak balas apa." senyuman sinis terbit dari bibir Sara.
Tak akan semudah itu, Sara Ilyana akan berdiam diri.
Orang itu ingat dia tak tahu siapa yang buat begitu?Silap orang la nak cari pasal dengan Sara Ilyana.
Seluruh warga sekolah belum mengenali siapa Sara Ilyana.
"Baiklah kalau macam tu, if bad anything happen kita perlu ambil tindakan as soon as possible. Maruah kita kena jaga." kata Firhan.
Di dalam hatinya sudah memaki hamun orang yang buat kerja bodoh ini.
"Sudah, jom turun semula ke kelas. Nanti lagi teruk fitnah ni tersebar." ajak Sara.
Maka mereka berdua berjalan turun semula.
Tak sampai 60 saat mereka berdua tiba dikelas, bunyi ketukan di pintu kedengaran.
"Sorry mengganggu... pengetua nak jumpa Sara dan Firhan. Secepat mungkin." ujar Cikgu Khatijah.
Semua guru terkejut dengan berita yang tersebar itu. Sungguh mereka tidak menyangka masih ada lagi orang yang bersifat seperti ini.
Tanpa melengahkan masa, Sara dan Firhan berjalan pergi ke bilik pengetua.
Sudah lah ingin exam pada hari ini. Adoi, ini pula yang menimpa.
Bilik Pengetua
"Apa lagi hal yang tersebar ni Sara, Firhan? Kamu berdua cuba nak malukan warga sekolah ke?" soal pengetua tegas.
Sara membuat muka menyampah. Mula lah tu ayahnya nak tuduh macam-macam.
"Any explanation?" tanya Cikgu Syahman.
"Why do we need to explain? Dah terang lagi bersuluh kot ada orang fitnah." ujar Firhan sambil berpeluk tubuh.
"And for your information, kita orang memang takde apa-apa hubungan. Kalau nampak sekali tu, maknanya kita orang ada buat kerja berkumpulan or anything else. Apa yang susah sangat nak percaya?" terang Sara sambil mengawal nada suaranya dari berubah.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Fiksi RemajaSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...