MCH|42

1.6K 146 16
                                    

"LAMBAT sampai rumah?" tegur Safa.

"Uh... Kena denda balik lambat tadi. Classmate adik buat hal." jawab Sara.

"Ayah mana?" tanya Safa.

"Dalam kereta, kejap lagi dia masuk lah tu." balas Sara.

Lalu, dia terus menapak ke biliknya. Mood nya hilang gara-gara Mikayla tadi.

Flashback

"Berani kau jirus air atas aku?" jerit Mikayla.

"Berani lah, dah kau mula dulu." jawab Sara, berani.

"Kau memang nak kena!"

Belum sempat Mikayla membuat apa-apa tindakan, Cikgu Nasriah terlebih dahulu menjerit nama mereka berdua.

"Sara Ilyana! Tengku Mikayla Irdina!" jerit Cikgu Nasriah.

"Pergi buat push up 50 kali dekat luar kelas. Sekarang!" arahnya dengan tegas.

"Ni semua kau punya pasal, perempuan. Siap kau!" marah Mikayla.

"Eh sundal, kau mula dulu? Apa masalah?" jawab Sara.

"Sebelum cikgu heret awak berdua, berhenti bergaduh dan pergi push up 50 kali. Kalau cikgu dengar suara, cikgu tambah sampai 100 kali. Ha biar lembik lutut tu."

Masih tiada tanda-tanda ingin berhenti bergaduh mulut antara mereka berdua.

"Okay... Nampaknya awak berdua cabar cikgu, cikgu up lagi 50! Selagi tak complete 100, jangan berhenti buat. Cikgu nak serentak." tegas guru itu.

"Sial, semua salah kau." marah Mikayla.

"Benda pula salah aku? Kau yang mula dulu." sambung Sara.

"Cepat buat push up tu! Kalau tak cikgu tambah lagi. Awak berdua jangan main-main dengan saya." tegas Cikgu Nasriah lagi.

"Ha... Turun, satu! Naik, dua... Buat sampai 100 kali. Kalau tak sama memang cikgu tambah lagi 100 kali. Biar lembik semua otot-otot kaki tu."

End of flashback.

"Dia bergaduh dengan siapa, yah?" tanya Safa sebaik sahaja Encik Latiff masuk ke dalam rumah.

"Mikayla tu lah. Anak buah Cikgu Tulin. Pening ayah, entah apa lagi lah masalahnya tu." jawab Encik Latiff.

"Nasib baik Cikgu Nasriah inform dalam group ibubapa yang mereka hari ini kena tahan. Kalau tak, ayah pun tak tahu. Bila di tanya, barulah Cikgu Nasriah kata yang adik dengan Mikayla buat hal." cerita Encik Latiff.

"Adik tak akan mula dulu kalau takde orang buat." celah Luqman.

"Aik? Kamu tak kerja ke?"

Luqman menggeleng.

"Half day."

"Patutlah... Ha tadi si Mikayla tu yang jirus air dekat adik. Adik geram dia pergi ambik baldi dekat tandas tu lepas tu isi air and dia curahkan dekat Mikayla balik. Bila cikgu dia kembali, memang masaklah semua kena bebel." sambung Encik Latiff.

"Lepastu si Mikayla tu nak tampar adik, tapi tak sempat sebab si Firhan tu halang. Ingatkan dah settle, rupanya pergi bergaduh mulut pula. Tak memasal kena push up sampai 100 kali."

"Aik perempuan Mikayla tu apa pasal? Adik tak kacau dia pun." tanya Luqman tak puas hati.

"Mikayla tu macam budak-budak. Budak-budak yang tak boleh orang ambik attention orang lain. Padahal, si Firhan tu pandang dia pun tidak. Syirah pun tak faham dengan remaja zaman sekarang... Balik-balik mesti pasal jantan. Takde benda lain." omel Safa.

"Ayah pun takde jawapan. Sebab tu lah adik masam mencuka, dah la lusa dia nak pergi karnival tu. Ada budak tu lagi gasak mereka berdua gaduh." kata Encik Latiff.

Ingatkan jadi pengetua ni tak banyak lah bebanan, rupanya sama naik juga. Lagi malang, anak sendiri yang membuatkan tekanan di kepalanya.

"Parah ni yah, silap hari bulan ayah yang pencen awal sebab sakit kepala hadap perangai anak bongsu ayah dengan anak buah Cikgu Tulin tu." sambung Luqman.

"Ayah pun tak tahu lah macam mana nak cakap..."

"Tapi takpe lah ayah, nanti adik okay lah tu. Dia bukannya jenis yang suka fikir lama-lama pun." pujuk Safa.

"Harapnya begitu lah... Entah macam mana ayah nak buat diorang ni jadi kawan. Susah fikir." keluh Encik Latiff.

"Memang lah susah yah, dah kalau sorang tu mula dulu yang sorang lagi balas..."

"Bang biar betul?" tanya Puan Syafina tidak percaya.

"Ye, sayang. Sampai kejang kaki adik kena push up tadi. Teruk juga kena denda dengan Cikgu Nasriah tadi." jawab Encik Latiff.

"Gila betul budak si Mikayla tu. Apa lagi lah dia nak, macam
perempuan takde maruah. Apa lah perasaan Cikgu Tulin ada anak buah perangai macam tu." omel Puan Syafina.

"Abang pun tak tahu. Cikgu Tulin tak tahu lagi pasal hal ni, kalau dia tahu memang masak Mikayla kena dengan parents dia." kata Encik Latiff.

"Dah tu, adik esok tu pergi sekolah tak?" tanya Puan Syafina.

"Tengok lah dia tu, lama juga nak hilangkan kejang kaki tu." balas Encik Latiff.

****

Next day

"Kau okay tak ni, Sara?" tanya Firhan.

Sara angguk.

"Lenguh tak rasa sangat tapi kejang tu ada lah..." sayu sahaja nada Sara membalas.

"Kesian kau, tak memasal kena sekali denda." ujar Adam kasihan.

"Memang mendapat lah semalam. Aku dengan betina tu sama-sama salah, nak buat macam mana?" kata Sara lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi kantin.

"Masalahnya... Cikgu Nasriah melebih. Bagi je lah 50 kali, ni nak sampai 100 kali kenapa?" Amna masih tidak berpuas hati dengan denda semalam.

"Aku rasa dia stres kerja semalam tu, sebab tu dia bagi denda setimpal dekat Mikayla dengan Sara. Agaknya nak suruh kau orang berdua insaf lah kot." ujar Maisarah lalu membuka penutup bekalnya.

"Sudah la tu korang ni... Benda pun dah jadi. Enjoy je lah, yang sakitnya aku. Kau orang pula banyak bunyi macam kau orang yang kena." balas Sara.

"Tapi tak fair lah. Patutnya denda je si betina tu." Maisarah masih lagi tidak berpuas hati.

"Kalau dia je yang kena denda, lagi dia tak puas hati dengan Sara." jelas Hadi.

"Dah-dah, tak payah fikir. Ni ha, esok macam mana?" Adam menukar topik.

"Esok?"

Firhan mengangkat keningnya.

"Ada apa?" tanya Firhan, innocent.

Adam menepuk dahinya sendiri.

"MasyaAllah, dey sedara! Esok program seni dan kebudayaan tu lah."

"Lah, esok ke?" soal Firhan semula.

"Ye, Firhan. Esok." jawab Hadi.

"Lah, esok ke? Aik... Asal macam cepat sangat?"

"Tu... Petanda, kau dah nak tua." selamba sahaja jawapan dari Amna.

"Adu, bosan lah." rungut Iqmal.

"Bosan tak bosan, belakang kira. Ni sebab markah PAJSK je tau." kata Adam.

"Takpe lah, at least kalau markah PAJSK senang sikit nak masuk mana-mana university nanti." ujar Hadi lalu memakan roti.

"Esok pakai baju oren lah. Walaupun nampak macam budak KV tapi pakai je." cadang Sara.

"Boleh juga..." Amna bersetuju dengan cadangan Sara.

"Okay, ngam. Esok kita tunggu je lah acara dia macam mana."

TBC

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now