MCH|29

2.5K 191 30
                                    

"SEMUA dah berada di sini ke?" tanya Cikgu Khatijah.

Amna pantas mengangkat tangannya. "Sara takde lagi cikgu." adu Amna.

"Aik, Sara pergi mana? Dia pasangan dengan siapa?" soalnya.

"Sepatutnya dia jalan sekali dengan Firhan... tapi saya cuma nampak Firhan je tadi." kata ahli kumpulan 3.

"Pergi mana pulak dah si Sara ni..."

"Takpe cikgu, biar saya pergi cari Sara." ujar Maisarah.

Amna juga mengiyakan. Dia mahu mencari Sara juga.

"Eh, jangan. Bahaya... Nanti kalau kena gigit binatang liar susah nanti." halang Cikgu Khatijah.

"Takkan lah nak biarkan Sara sesat dalam situ kot?" tanya Hadi pula.

"Biar Firhan yang pergi cari dia. Sepatutnya dia bersama dengan Sara." arah Cikgu Khatijah.

"Ya, saya memang patut cari dia. Ini dah jadi tanggungjawab saya." balas Firhan.

"Okay kalau macam tu... Awak cari Sara bersama Iqmal
dan Adam. Yang lain duduk dalam khemah masing-masing. Jangan buat bising dan jangan merayap. Faham?"

"Apahal pula kita orang nak duduk dalam khemah? Sepatutnya tak payah cari lah si Sara tu. Pandai-pandai dia lah cari jalan keluar sendiri." bantah Mikayla.

Sempat lagi dia menyilang tangannya ke dada. Sesungguhnya hati dia terlampau sakit. Hebat sangat ke Sara tu sampai disanjung sebegitu sekali?

"Hey, kalau anak orang tu mati... Awak nak bertanggungjawab ke, Mikayla?" soal Cikgu Khatijah.

"Buat apa saya nak bertanggungjawab? Dia mati, dia punya hal lah! Selalu menyusahkan hidup orang lain. Dia ingat dia siapa?"

Jawapan Mikayla mengundang kemarahan semua orang. Tanpa sebarang amaran, Maisarah menampar Mikayla.

"Jaga mulut kau tu sikit! Jangan nak tunjuk perangai sial kau tu!" marah Maisarah.

Mikayla memegang pipinya. Terasa pijar akibat kena tampar dengan Maisarah. Kuat juga eh penampar dia bagi ni.

"Kau siapa nak tampar aku?! Kau siapa?!" tanya Mikayla, bengang.

"Sebab mak bapa kau tak pernah ajar cara beradab dengan orang, aku bagi setepek penampar dekat kau. Lain kali, kalau kau buat lagi... aku tak teragak-agak nak buat lebih dari penampar. Jangan cabar aku, kau tak kenal siapa lagi Nur Maisarah Najwa. Ingat tu!" pesan Maisara yang berbaur ugutan.

"Pasal mak bapa jangan nak libatkan eh? Berani kau." ujar Mikayla.

"Sebab aku berani lah aku bagi penampar kat kau. Tu baru sikit, belum lagi tangan Amna naik kat muka kau." balas Maisarah.

Amarahnya masih membuak-buak. Namun, dia fikir anak orang je. Kalau tidak, lunyai sudah Mikayla ini dikerjakan.

Yang lain hanya jadi pemerhati. Tidak berani masuk campur kerana Maisarah kalau dah tunjuk baran dia, memang semua back off.

"Maisarah, Mikayla pergi buat push up 50 kali. Sekarang!" suruh Cikgu Khatijah.

Mereka berdua berpandangan tidak puas hati. Tu lah, cari pasal lagi. Kan dah mendapat.

"Firhan, Iqmal dan Adam... Korang boleh pergi cari Sara. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat lari datang sini. Cikgu akan tunggu sini bersama ahli lain."

Firhan, Iqmal dan Adam bergerak masuk semula ke dalam hutan. Mereka menuju ke cerun tadi.

"Aku harap Sara baik-baik je." kata Adam.

"Itu lah, aku nampak jelas dekat muka Maisarah tadi yang dia risau pasal Sara." tutur Iqmal pula.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now