MCH|48

1.1K 121 23
                                        

"ALL THE BEST!" kata Encik Latiff sebaik sahaja Sara menuju ke dewan peperiksaan.

"Ayah tahu... anak ayah boleh punya." dengan tenang, Encik Latiff memberi semangat.

Dengan segera Sara menuju ke barisan kelasnya. Dia akan duduk di pusat peperiksaan kedua. Sekolah mereka memecahkan dua bahagian untuk menjawab SPM, kelas pertama hingga kelas kelima akan duduk di dewan terbuka manakala selebihnya menggunakan kelas tingkatan 3 dan 4.

"Awal juga kau sampai." tegur Maisarah sebaik sahaja melihat Sara melabuhkan punggungnya.

"Ayah hantar awal. Dia nak breakfast date dengan ibu kat gerai tepi jalan." Sara mengeluarkan nota-nota untuk dibaca.

"Aik... Kena tinggal ke."

Sara angguk. "Ya, kalau tak... aku dah jadi third wheeler."

"Lek ah, lepas habis SPM... Jadi lah third wheeler puas-puas." ujar Maisarah lagi sambil membelek nota yang dibacanya itu.

"Ha, kau punya angka giliran nombor berapa?" tanya Laila.

"Aku?"

"Ya kau."

"Rasanya... A080 kot." balas Sara.

"Kau sekelas dengan Mikayla lah jawabnya."

"Memang pun. Dah nama aku dulu, baru nama dia."

"Para pelajar diminta bersedia... Kita akan menggerakkan para pelajar menuju ke tempat peperiksaan masing-masing. Mohon bawa barang yang dikehendaki sahaja. Telefon, beg, buku semua tinggal di dewan. Akan ada cikgu yang mengawasi barang tersebut." kedengaran suara cikgu bertugas telah berbicara.

Sara mengerling ke arah jamnya. Sudah 07:45 pagi, mereka perlu naik 30 minit awal sebelum peperiksaan.

"Semua boleh berdiri. Kita akan lepas mengikut dewan peperiksaan masing-masing." sambung guru itu lagi.

"Allah yuf'tah alaikum." ujar Sara kepada rakan-rakannya.

"Maksudnya apa?" tanya Laila.

"Selamat maju jaya... semoga cemerlang dalam menjawab." balas Sara.

"Back to you, hakak penolong kelas kita!" kata Laila.

Lalu, mereka beransur menuju ke tempat menjawab exam masing-masing.

Setibanya di dewan peperiksaan, Sara duduk di mejanya. Dia memandang sepintas lalu rakan-rakan yang lain. Nampaknya, hanya dia dan Mikayla sahaja dari kelas yang sama. Selebihnya, campur dengan pelajar persendirian dan pelajar lain.

"Jangan bercakap. Sudah masuk ke kelas, bersedia untuk menjawab peperiksaan." pesan guru pengawas itu.

Maka dengan ini, bermula lah suasana sunyi yang di mana bunyi kipas pun kalah dengan suasana ini.

Petang

"Alhamdullilah... Dah siap menjawab subjek pertama. Lega rasa." ujar Adam sebaik sahaja tiba di dewan.

"Tu lah, kalau tak disebabkan Sara... Aku rasa aku tak boleh jawab tadi." kata Hadi pula.

"Inikan usaha kita. Kita yang rajin nak belajar, Sara cuma guide sahaja... Selebihnya usaha kita." sambung Firhan lalu mengemas begnya.

"Weh, mana budak perempuan?" tanya Iqmal. Puas dia melilau mencari keberadaan pelajar perempuan.

"Tak turun lagi?" teka Adam.

"Aik, macam mana boleh pula? Patutnya... Kena turun serentak kan." Iqmal memandang ke arah dewan berikutnya.

"Ha tu!" ujar Hadi sambil menunjuk ke arah pelajar perempuan yang baru sahaja turun.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang