MCH|41

1.7K 152 21
                                    

NEXT DAY

SEPERTI yang dikatakan oleh tuan pengetua, hari ini mereka berlapan sudah pun mendapat borang kebenaran.

Tuan/Puan,
Borang keizinan untuk menyertai program kesenian dan kebudayaan peringkat sekolah bertempat di Universiti Malaya. Anjuran pihak Universiti Malaya dan kerjasama sekolah sekitar WP Kuala Lumpur.

Sila sertakan butiran seperti yang tertera di bawah :
Nama :
Kelas :
Nombor telefon ibu bapa/penjaga :
Tandatangan :
Tarikh  :
Saya ibu/bapa atau penjaga kepada... membenarkan anak saya menyertai program ini.
Dengan ini, apa yang telah diisi diatas adalah benar.

*Borang ini hendaklah diserahkan semula sebelum hari Jumaat.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Arman [0114789000] atau Cikgu Tulin [015793302]

"Fuh. Bukan main!" kata Hadi dengan nada teruja.

"Bapak lah, ini je ke yang perlu diisi?" soal Adam.

"Mungkin." balas Iqmal.

"Tapi tak silap aku, hari Isnin atau Selasa cikgu akan beri taklimat. So, masa tu lah kita akan tahu apa yang perlu dilakukan dan di bawa." jelas Mikayla.

"Mana kau tahu?" soal Adam dengan nada sarkastik.

Mikayla menjeling tajam. "Maksu aku yang cakap."

"Ohh, lupa. Mak sedara pun cikgu juga! Tak nak kalah ke tu?" perli Amna.

Mikayla membuat roller eyes. Malas dia mahu layan perlian Amna yang tak bertauliah tu. Cukup lah, mama dan papanya menyebelahi Cikgu Tulin.

"Hah ni, cikgu pesan... Jangan lupa hantar borang. Kalau tidak, tak boleh turut serta." pesan Mikayla sebelum beredar.

"Tahu lah." jawab Sara malas.

Sara mengeluh panjang.

"Nampak gayanya, program ni macam Mikayla yang akan jadi leader. Well, kalau bukan sebab maksu dia pun... Dia tetap akan jadi leader juga." jelas Hadi seraya berpeluk tubuh.

"Kenapa?" tanya Iqmal.

"Sebab, dia ialah pengerusi kelab ni." jawab Hadi.

"Lah pula... Apa kena mengena lah?" tanya Firhan dengan kerutan.

"Tak silap aku, program ni memang memerlukan jawatan pengerusi yang dipegang dalam kelab ini. Pendek kata, senang untuk tahu apa-apa aktiviti yang berkaitan lah." jelas Hadi.

"Lah pula... So apa-apa arahan memang kena dengar dari mulut perempuan tu lah?" tebak Maisarah.

Hadi sekadar angguk.

"Exactly."

"Habis lah... Parah ni." ujar Amna dengan redha.

"Tapi jangan risau lah, dia tak akan berani buat onar sebab ayah Sara ada sekali. Kalau dia buat, automatik dia dengan Cikgu Tulin akan dikenakan tindakan." sambung Hadi lagi.

"Aku hairan... Sebenarnya, masa Sara dengan Firhan jumpa ayah Sara tu, kau bertukar otak ke dengan Firhan?" tanya Iqmal.

"Maybe."

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now