".....Ingin membentangkan mengenai kesenian kebudayaan dan estetika. Maka, saya akan menyuruh Sara terlebih dahulu untuk menerangkan maksud tajuk yang diberikan kepada kami." ujar Adam lalu memberi mikrofon kepada Sara.
"Ah, hello? Boleh dengar suara saya tak?" tanya Sara.
Semua angguk.
"Baiklah, tanpa melengahkan masa... Saya akan menerangkan maksud topik perbincangan kami pada hari ini.
Kebudayaan kesenian dan estetika merujuk kepada kepelbagaian kaum yang terdapat dalam sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa, setiap kaum mempunyai cara kebudayaan dan kesenian yang berbeza. Seperti contohnya, kaum Iban dengan pakaian tradisional mereka dan tarian Iban, tarian zapin oleh bangsa Johor dan tarian gemelan.""Jadi, maksudnya disini bahawa... Setiap negeri yang berada di bumi Malaysia ini, memang mempunyai kesenian, kebudayaan dan estetika yang tersendiri. Saya sebagai orang Johor, mengakui bahawa tarian zapin dan kuda kepang merupakan seni yang paling orang kata menarik minat." jelas Sara panjang lebar.
"Untuk isi seterusnya saya serahkan kepada Firhan." Sara memberi mikrofon kepada Firhan pula.
"Back to topic, saya akan sambung dimana Sara berhenti tadi. Selain dari itu, setiap negeri yang berada di Malaysia ini juga mempunyai makanan tradisional sendiri misalnya, nasi ambeng dari negeri Johor, nasi dagang dari negeri Terengganu, nasi kandar dari negeri Penang, daging masak lemak salai dari Negeri Sembilan dan sebagainya."
"Ini juga merujuk kepada estetika di negeri yang berada di dalam Malaysia ini. Tidak lupa juga kepada negeri Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan makanan laksa Sarawak dan ambuyat. Itu sahaja penerangan dari saya, sekian."
Mereka memberikan tepukan yang gemuruh atas penerangan Sara dan Firhan. Kemudian, presentation mereka diteruskan dengan ahli seterusnya.
Aktiviti kedua akan dimulakan sebentar lagi. Sekarang mereka semua akan berehat buat seketika.
"Ha, macam mana semua?" tanya Cikgu Arman setibanya dihadapan mereka semua.
Mereka semua angguk tanda menunjukkan program ini masih lagi okay.
"So far, so good. Sekarang take five rasanya." balas Adam sambil membetulkan duduknya.
"Take five kau kata? Bukan aktiviti seterusnya... lagi 10 minit ke?" soal Mikayla semula.
"Biarlah... Rehat lama-lama bukannya buat apa-apa pun." jawab Adam sarkastik.
"Aku tanya elok-elok, asal kau jawab macam tu?"
"Mulut aku, suka hati aku lah."
Firhan memberi isyarat mata kepada Adam dan Mikayla. Isyarat tersebut bermaksud 'tolong jangan buat onar depan cikgu arman'
"Kamu semua dah makan ke?"
"Belum lagi. Lepas habis aktiviti kedua ni baru dia bagi makan minum petang. Tadi lunch, tak sempat sebab makanan tak siap on time so kena delay bawa ke petang." terang Sara bagi menjawab persoalan Cikgu Arman lagi.
Cikgu Arman mengangguk. Lalu dia beredar dari mereka semua.
"Ish, berapa banyak kali dah aku pesan... Jaga lah perangai dan sikap tu." tegur Sara.
YOU ARE READING
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...